TSUNAMI DAN BANJIR LUMPUR Di Putra Heights, KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan melibatkan lima
kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di
Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya,
dekat sini, Khamis. Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan
selamat dan tidak mengalami kecederaan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni.
Penolong
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata
banjir lumpur berlaku di laluan itu akibat daripada runtuhan tanah daripada
Bukit Cermin yang sedang dalam proses pembinaan rumah semi-D.
“Tanah tersebut
runtuh kemudian memasuki ke dalam kolam takungan air yang berhampiran dan
menyebabkan kolam itu pecah.
“Air dan campuran lumpur tersebut melimpah ke
jalan raya yang mana jarak antara kolam dan jalan kira-kira 20 meter,” katanya
di lokasi kejadian.
Kenderaan-kenderaan yang pada mulanya tertimbus kemudiannya
‘dihanyutkan’ banjir lumpur itu dan pengguna-pengguna kenderaan itu dapat
menyelamatkan diri, katanya. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada
pukul 6.12 petang dan sampai di tempat kejadian dua minit kemudian. Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya menerima
maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang.
“Kejadian tersebut
berlaku 500 meter daripada Balai Polis Putra Heights,” katanya. Beliau berkata
kerja-kerja pembersihan jalan raya sedang dilakukan dan diharap selesai pada
tengah malam ini supaya orang ramai dapat melalui semula jalan tersebut.
Manakala, pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, Tan Sri
Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepas dan
dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
“Kita mungkin terpaksa menghentikan
projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya,” katanya sambil menambah keluasan
projek itu kira-kira 40.46 hektar. Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Sri Muda,
Shuhaimi Shafie meminta semua kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan
sehingga satu kajian dibuat. – BERNAMA
Please sign the petition to stop this hill project:
ReplyDeletehttp://www.gopetition.com/petitions/stop-putra-heights-bukit-cermin-a-k-a-kenny-hill-hous.html
akibat ulah manusia
ReplyDelete