Wednesday, 16 January 2013

WANITA TEMUI SUAMI MATI TERGANTUNG

WANITA TEMUI SUAMI MATI TERGANTUNGSegamat: Seorang lelaki berusia lingkungan 30an ditemui mati tergantung di ruang tamu rumah kos rendah dua tingkat miliknya di Taman Bukit Indah, Bukit Siput, di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.


Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Ana, 20-an, enggan ditemu bual kerana masih terkejut dengan kejadian terbabit. Saudara lelaki Ana yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Ana bermalam di kediaman ibunya di Kampung Paya Pulai bagi menyelesaikan urusan keluarga.

“Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu serta belum mempunyai anak. Mangsa bekerja di sebuah kilang menghasilkan peralatan kediaman di sekitar daerah ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Arwah ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ana beberapa hari sebelum itu bertanyakan bila isterinya akan pulang ke rumah,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, Ana sememangnya berhasrat untuk pulang dalam masa terdekat namun perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, Ana yang ditemani seorang ahli keluarga pulang dan memanggil suaminya serta mengetuk pintu rumah namun tidak berjawab.

“Ana kemudiannya mengintai melalui cermin tingkap dan mendapati suaminya dalam keadaan tergantung menggunakan kain di tepi tangga.

Polis yang dihubungi terpaksa memecahkan pintu rumah untuk memasuki kediaman berkenaan. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat,” katanya. Sumber Hospital Segamat pula memaklumkan mangsa meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud mengesahkan kejadian itu.

Harian Metro

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"