Sahabat Que 'Silent Readers'

8 FAKTA LOGIK AKAL KELANTAN NEGERI PALING KAYA DI MALAYSIA!

2/01/2013 11:00:00 pm

8 FAKTA LOGIK AKAL KELANTAN NEGERI PALING KAYA DI MALAYSIA | Siapa sokong kenyataan ini, sila LIKE banyak-banyak ehhh ... dan kepada yang tidak sokong tu .. Cer tengok beberapa fakta mata yang akan diberikan ini, tapi terlebih dahulu ... Korang perlulah pergi ke Kelantan ... hehehe.. Jangan tengok kat TV.... Banyak kena potong tu ...huhuhu...


Fakta Kelantan Paling Kaya


1. Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.

lagi FAKTA, Klik TAJUK ENTRI ni
2  Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama   perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan

3. Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.


4. Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.


5. Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.


6. Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal, tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.


7. Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.


8. Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.


Banyak lagi fakta mata.. Yang boleh anda lihat sendiri di Kelantan yang menunjukkan bahawa Kelantan bukanlah negara miskin yang digemburkan sesetengah pihak. HH tak faham kenapa ada pihak mahu memburukkan negeri Kelantan ini... Sedangkan hakikatnya.. Kelantan boleh dianggap negeri yang paling berjaya di kalangan penduduk Bumiputera.


Mungkin ada mata nampak yang miskin melata di Kelantan.. Tetapi itulah.. Kadangkala benda yang kecil kita boleh senang terperasan... Sebab ia nampak pelik di sana.. Walhal di negeri lain, ia tidak nampak kerana dah selalu sangat nampak dan dah selalu sangat perasan.


Sumber Asal: 8 Fakta Logik Akal Kelantan Negeri Paling Kaya di Malaysia! http://www.hasrulhassan.com/2012/02/8-fakta-logik-akal-kelantan-negeri.html#ixzz2JM6vsdKm 

You Might Also Like

23 comments

  1. biarlah melayu kelantan yang pegang kelantan..itu yang saya ingat bekas OCPD kelantan cakap dgn saya dulu...jangan dikacau integriti negeri kelantan...cukup-cukup ler nak ambil alih kelantan...

    ReplyDelete
  2. Yang penting melayu islam yg menegakkan kelantan... tak kisah lah pandangan politik mana pun... sebenarnya sy teringin nak ke sana... nak melihat budaya dan cara hidup di kelantan...

    sesungguhnya mesti bnyk perbezaan dgn Johor...

    ReplyDelete
  3. 9:20 tahun ketua pemimpin kelantan tiada seorang pun yang terlibat dengan rasuh. 10: satu satunya negeri dalam malaysia yang menteri besarnya mengadakan kuliah agama 4 kali dalam seminggu yang dah berjalan melebihi 20 tahun. 11: kelantan yang ditabir 20 tahun oleh Pas tiada seorang pun yang memperait harta negeri untuk diri sendiri atau keluarga.12: Semua wakil rakyatnya berkebolehan mengimamkan solat jumaat. 13:Kelantan negeri yang ramai melahirkan pelajar hafiz dan hafizan.Macai macai umnoporno cuba buka hati dan minda anda ,

    ReplyDelete
  4. Memeng lh gu....

    ReplyDelete
  5. negeri je miskin tapi rakyat kat sana kaya.. maybe kos hidup sana x tinggi.. huhu

    ReplyDelete
  6. kos sara hidup x tinggi boleh lah sembang kata kelantan kaya. Cuba kalau dah membangun, pastu harga tanah meningkat berlipat ganda, ko tolong bagitau aku boleh x nak buat rumah besar besar kalau xda duit yang banyak dan juga bergaji tinggi? so faham lah kalau kelantan kaya bukan faktor duit banyak tetapi atas faktor kos kehidupan sangat rendah. Ok macam ni, aku beli rumah teres jer, x besar mana tapi dah kena bayar RM150K, pastu xda tanah pak tuh, paham paham jer lah rumah teres kat bandar. Pakcik aku pula buat rumah kat kampung, jauh dari bandar, bandar pon x berapa nak maju, so dia boleh buat rumah gaya BANGLO BESAR, pastu kos yang dihabiskan langsung tak sampai 100K pon sedangkan rumah aku kecik tapi lebih 150K. Ini menunjukkan samada rumah besar atau x itu sangat bergantung kepada nilai tanah tersebut. Bagi aku kelantan x kaya tetapi kos sara hidup sangat rendah dan ia mengakibatkan rakyat kelantan kalau yang ada senang sikit boleh lah buat rumah besar. PAsal bumiputra melayu menguasai ekonomi pulak jangan lah kasi spin plak. Kenapa melayu menguasai ekonomi? Sebab cina selalunya x masuk port port kawasan yang x berapa nak maju. Bila cina x berapa nak ramai ke kelantan, x berapa nak minat buka bisnes dikelantan, so tentulah secara akal yang sihat melayulah yang banyak kedai sana sini. Bukan nak rendahkan bangsa sendiri, tolong faham, ini cuma kadang kadang orang pertahankan benda yang depa rasa bangga padahal ianya xda apa pon, ianya disebabkan situasi itu sendiri yang menjadikan kelantan seperti itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu tanya la.menteri negeri lu duduk kenapa kelantan boleh murah n negeri lu mahal..pasti jawapan dia rahsuah banyak bro

      Delete
    2. Kau biasa pegi kelantan ke Wan?...kot sembang je lebih...mcm mana presiden DPMM sendiri boleh declare melayu kelantan ialah paling kaya dan melayu johor ialah paling miskin??

      Delete
  7. KDNK Kelantan adalah kedua slps Selangor... its fact...

    ReplyDelete
  8. wan2...xhabis2 nk bodohkan diri sendiri,hahahaha klo stakat ilmu seciput xpyh la nak bg fakta2 bodoh nk burukkan kelantan,perak maju pon krna cina..ipoh besar krna cina,taiping cina,kl cina,jb cina,tp kota bharu melayu yg berkuasa..bkn sbb xmembangun,ko dh berapa kali g kelantan,menjelajah kelantan yg ko ckp kelantan xmembangun?

    ReplyDelete
  9. Memang kelantan tak membangun... Tu pasal kos sara hidup rendah...

    ReplyDelete
  10. Kelantan bebas rasuah ni riba ma oleh pemerintah

    ReplyDelete
  11. Budak wan yg komen2 berdegang2 tu dh pegi kelantan ke blom. Byk pelabur luar dtg ke kelantan sbb dia org tahu kelebihan negeri kelantan, cash flow tertinggi adalah di klantan.

    ReplyDelete
  12. dah banyak kali ke kelantan. dulu first time datang memang harga murah. pergi mana2 tempat pun rasa excited sangat sbab bnda smua murah.. but, itu 10 years ago lahh.. baru2 ni singgah lunch, Nasi putih kuah sayur ciput dengan ikan kecik RM4.00?? di Gua Musang.. di tempat selain kelantan Nasi Ayam goreng dgn kuah baru RM4.00.. ini boleh dicompare kan dengan KL.. kalau di KL memang logik Nasi Putih Ikan n sayur dh harga RM 4 ke atas.. sbab in KL we have to pay a shop rental yang mencecah belasan ribu.. dan KL, Johor Bahru, and other main township in Malaysia kebanyakannya dipelopori oleh investors dari luar negara yang nak invest di Malaysia.. persoalannya.. why in KL only yang foreign investors yang berani nak buat investment di Malaysia?.. compare with Kelantan.. people make investment to make Money.. Yes..I think so far not all foreigner investors yang boleh masuk ke Kelantan instead of others.. memang diorang murah hati n mesra dengan orang.. but if u are fluent spoken Kelantanese.. try ckp KL to them.. then U know.. In my thinking.. U can make a business in Kelantan.. If u can speak their dialect, If u betul2 orang dari sana..
    another example, Japanese.. kalau kita nak study, kerja dan dduk di Jepun.. kita kena belajar bahasa mereka.. x kisah lah kalau orang tu asal negara luar.. they(Japanese) do share the ideas with us(Outsiders)... sbab tu Jepun negara maju..

    ReplyDelete
  13. Fakta ke auta ni..kosong..kosong wo o...sy kelantanese tp sy tgk org kmpung sy xkaya pom(mgkn awk mksdkn tempat lain kt klate bkn kampung sy..ok..ok..paham..pfffttt..sy tgk xd pom yg pakai emas byk mcm awk ckp..zullian banyakla..menipu benor menjaja emas...emas zullian bleh la bai..tanah banyak milik melayu uwek..mak ayah aku xdok tanah pom..aku tgk sedara2 aku pom rumoh bese2 jee..rumoh kampung..kalu ade pon rumah besor sket, sbb cikgu ke..yelah..kos nk buat rumoh muroh..bile kerja govern duk kltn tu yg bleh buat rumoah besorr..mn faktanya tanah byk milik org melayu xleh klik pom..tau x knape byk beniaga kt kltn?nk cari kerja susohh,xdok peluang keje...tu yg berhijrah keluar cr keje...kuih muih mmgla murohhh..dh kos hdup pon muroh..gaji pun muroh(kalau bkn krjaan), so ko jual mahal, sapo nk beli...aku lps spm pom keje kdai cina, xjmpe pom byk kdai melayu kt klate..kt tepi2 jalan, pasar2 tu banyokla...mmg la bangga dgn klate, tp xpayahlah nk menegakkan benang yg basoh..pastu, kalu xtau fakta yg btol, setakat raso2 je...setakat kelih kelikpah2 jah, pastu wat conclusion, baik xyoh ngaji!bijok lg pado ore audit, padahal xtau pape pom..kosong..kosong..wo...oo...wei, kalu bleh bg saya fakta lengkap, baru sy tabik!kalu mcm ni je mmmmmmmmm..aku bleh ckp malaysia lg kaye dari amerika!!sbb malaysia lg rendoh hutang dgn bank dunia!terang2 la amerika lg kaya..nk ckp sape pon bleh lah....

    ReplyDelete
  14. Kecek bnyok mu ni..xse dk kelate berambus la..ni dk mapus negeri sdiri..mu tu budok lg xpade nk kecek lg..

    ReplyDelete
  15. Kecek banyok la mu ni..xse dk kelate berambus la..komplen bnyok teh...

    ReplyDelete
  16. yela tu.. tapi kenapa ramai rakyatnya berhijrah ke negeri lain? tak boleh pakai langsung fakta ini.. lastly kenapa rakyat kelantan suka buat kecoh di negeri lain.. aku benci orang kelantan juga kerajaan kelantan.. done

    ReplyDelete
  17. Kelantanese are dumb8/23/2015 2:31 pm

    Jelas lah di sini bahawa bukan sahaja Kelantan negeri yg miskin, kebanyakan rakyat Kelantan itu sendiri rupa2nya miskin dengan PENGETAHUAN. Org Kelantan yang bijak2 mungkin dah lari pergi negeri atau negara lain.

    Kenapa aku berkata begitu? Sebab setakat ni, "bukti2 kukuh" para blogger dan facebook admin yang mengatakan Kelantan negeri "paling kaya" adalah lahir dari "fakta tembak" atau pengalaman sendiri yg cetek pengetahuan. Mungkin rakyat Kelantan tak tahu apa maksud "negeri kaya" atau "negara kaya". Mungkin org Kelantan tak faham tentang ekonomi, apa yg mereka tahu ialah ajaran Nik Aziz. Bagaimana penyokong2 UMNO diperbodohkan oleh pemimpin mereka, macam tu lah org Kelantan diperbodohkan oleh cara pemikiran PAS. Kasihan sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru 16 .Saya ada kawan dari KL,Terenganu,Selangor,Pulau pinang dan dari luar negara(Afghanistan) yang sekolah di kelantan. Diorang slalu kata yang negeri kelantan ramai kaya tk macam negeri/negara mereka duduk sebelum mari kelantan jadi fakta ni betul. Sapa kata negeri kelantan ni miskin betul jgk , tpi spa kata orang kelantan miskin memang dengki .

      Delete
  18. Kalu Kelantan dah kaya raya kerajaan pusat tak payah bagi banyak peruntukan/geran untuk Kelantan. Beri lebih kepada Johor yang miskin

    ReplyDelete
  19. Saya baru umur 16 tpi dah pernah tingal di KL dan kelantan, skang duk kelantan sya boleh kata kawan sya di kelantan ni kaya raya semua , lain ngan kawan saya di KL ada sebilangan kecil saje yang kaya.

    Kos sara hidup saya di Kl lebih membebankan sebelum balik ke negeri asal saya Kelantan .

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad