BAHAYA CINTA NAFSU | AMARAN | CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk
ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara
berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan
perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan
kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam
hati mereka.
Cinta dapat membawa keberkatan jika kita
boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi
cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke
lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bercinta
janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama
dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan
Islam. Ia bebas berbuat apa saja. Ada beberapa kerosakan
akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka
lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainafsunya.
Contohnya
jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk
pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka
mengingati Allah akan dikalahkan. Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu. Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Ketiga,
mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada
orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu
kering. Ketika hati berdekatan dengan orang yang
dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati
jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut
kerana syaitan sudah menguasai dirinya. Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya. Cukuplah
dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku
dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak
berdosa amat menggerunkan.
Keempat, syaitan akan
menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan
akalnya dan memberikan rasa was-was. Akal kadang-kadang
sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut.
Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang
membezakannya manusia dan haiwan. Jadi jangan hairan jika
ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi
singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu
mahu sedap dan seronok saja.
Kelima, kurang kepekaan.
Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila
diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka
organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak. Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.
Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”
Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.
Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.
Kemudian
Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari
daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam
apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam
menangani masalah serius itu. Jangan sampai terbius oleh
gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum
mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan
bukan urusan main-main.
Kita mesti rela untuk membuang
fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab,
bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu. Wahai
sahabatku, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu
agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan
kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.
Peringatan yang bagus ni.. =D
ReplyDeleteCinta adalah suci, tapi kesucian tu akan hilang bila nafsu melebihi segalanya...
ReplyDelete