ISU PANAS Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Kata Penerima BR1M Haiwan | APA KOMEN BLOGGER & APA KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS
2/24/2013 08:43:00 pm
ISU PANAS Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Kata Penerima BR1M Haiwan | APA KOMEN BLOGGER & APA KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS | Isu-isu seperti ini memang akan jadi panas dan hot tatkala
dekat pilihanraya ni. Buka aib, putar belit cerita, salah lapor, hentam
sana sini memang jadi satu macam trend pula.
Terbaru dan antara yang PALING PANAS ialah apabila seorang pemimpin tertinggi dari Parti PAS - Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, didakwa memberikan kenyataan mengaitkan penerima BR1M sebagai haiwan.
Isu Tok Guru Kata Penerima BR1M Haiwan yang telah di putar belit dengan menjadikannya isu PANAS BERAPI...
baca lagi & tonton video Tn Guru Dato' Nik Aziz, Klik TAJUK ENTRI ni
Terbaru dan antara yang PALING PANAS ialah apabila seorang pemimpin tertinggi dari Parti PAS - Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, didakwa memberikan kenyataan mengaitkan penerima BR1M sebagai haiwan.
Isu Tok Guru Kata Penerima BR1M Haiwan yang telah di putar belit dengan menjadikannya isu PANAS BERAPI...
baca lagi & tonton video Tn Guru Dato' Nik Aziz, Klik TAJUK ENTRI ni
Video Ucapan Yang Dikaitkan Dengan Isu Tok Guru Kata Penerima BR1M Haiwan. Dan cuba anda fahami sendiri ucapan yang diberikan oleh Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz ini menerusi video ini:
Abe berkongsi secebis komen dari Blogger Terkenal, HasrulHassan.com:
Buat rakan-rakan, pembaca dan pengunjung blog. Pertama sekali, HH ingin tegaskan bahawa tidaklah diri ini nak jadi penyokong pihak pembangkang atau dalam isu ini sebagai penyokong PAS, dan tidaklah pula menjadi pihak yang menentang dasar kerajaan. Cuma, mahu ingatkan diri dan rakan blogger semua, bahawa jangan mudah percaya dengan perkara yang tidak berlaku di depan mata, terutama soal politik ni.
Buat rakan-rakan, pembaca dan pengunjung blog. Pertama sekali, HH ingin tegaskan bahawa tidaklah diri ini nak jadi penyokong pihak pembangkang atau dalam isu ini sebagai penyokong PAS, dan tidaklah pula menjadi pihak yang menentang dasar kerajaan. Cuma, mahu ingatkan diri dan rakan blogger semua, bahawa jangan mudah percaya dengan perkara yang tidak berlaku di depan mata, terutama soal politik ni.
Ini merupakan permainan politik yang sepatutnya sedari awal dah sedar dan tahu. Biasalah, semua yang pakat ada jawatan tentu nak kekal. Dan bagi mereka yang sebelum ini nampak layu, tentu mahu nampak gagah. Lalu, mereka lakukan segala cara yang mungkin untuk menunjukkan merekalah yang betul.
Mungkin, yang terbabit tu boleh diibaratkan diperalatkan. Baik yang dok mengata dan yang dikata. Yang memperalatkan pula, bukan orang lain pun ... yang berada dekat-dekat dengan mereka juga. Cuba cucuh api dan cucuk jarum, mahu nampak diri jaguh di samping orang yang kononnya mereka sanjung.
Berhati-hatilah dengan apa yang anda baca, terutama sekali berita politik ni. Dan paling penting dan sangat HH ingin nasihatkan ialah berhati-hatilah juga dengan cerita politik yang anda mahu kongsikan di dalam blog. Jangan jadi apa yang HH katakan di atas, menjadi pencucuh dan pencucuk. Jangan terbabit sebagai agen fitnah memfitnah ini. Bahaya. Dan bahayanya bukan takat di dunia, tetapi akan dibentang di akhirat kelak.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.
"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.
"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan,"
....... selebihnya ...
"Ni buah cari baloh."
Baca selengkapnya di sini: http://tinyurl.com/b4vkqkb.
kredit juga pada sahabat Abe: zamani84.blogspot.com
sumber: http://www.hasrulhassan.com/2013/02/isu-tok-guru-kata-penerima-br1m-haiwan.html#axzz2Lk9k046n
3 comments
hamzah12hasan@gmail.com
ReplyDeleteApakah orang2 melayu dalam UMNO&PAS bukan orang2 yang mengucap dua kalimah syahadah?Apakah orang2 melayu dalam UMNO&PAS bukan orang2 yang mendirikan solat dan tidak mengesakan Allah?
Firman allah:3:103. Dan BERPEGANGTEGUHLAH kamu pada tali ALLAH, semuanya, dan JANGANLAH kamu berpecah belah, dan INGATLAH akan rahmat ALLAH ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang API, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. BEGITULAH ALLAH memperjelaskan kepada kamu AYAT-AYAT-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.
Oleh itu kenapakah orang2 UMNO&PAStidak mahu bersatu DEMI ALLAH,DEMI ISLAM,DEMI BANGSA MELAYU DAN DEMI NEGARA???
Hakikatnya orang-orang UMNO semakin jauh dari ugama. Sudah tidak kenal yang mana haram yang mana halal.
ReplyDeleteBersatu dalam politik belum menjamin kekuatan ukhwah. UMNO seperti anak-anak melayu liar yang hilang dahan berpaut. Jangan dilayan anak lebih2 bila meminta yang bukan-bukan sedang bapa sendiri lebih kenal anak-anak itu dari mana asalnya.
Adalah lebih baik bapa meyakinkan rakan yang bukan Islam yang kuat dengan prinsip dan pegangan masing-masing. Bapa sedang berusaha membawa rakan-rakan mengenal dan mendekatkan Islam itu apa sebenarnya. Bukanlah hak mutlak anak-anak dan bapa itu sendiri.
Bila dicampakkan hidayah Islam, kedada orang bukan Islam, contohlah ke dada Lim Hong Siang, dia tentunya lebih baik dan lebih hebat dari anak-anak liar yang sudah lama jadi Islam.
Barulah nanti membuka mata semua untuk memahami hasrat murni bapa itu sendiri.
Sebenarnya begini,aidea br1m aku punya,aku bagi idea ni kat dato Ahmad badawi, tapi dia pakai islam hadori.Tujuan bagi 500 ni bukan apa,untuk merancakkan ekonomi pada mase tu yg tengah lembap,dibelanjakan kebarangan 1M&kedai1M untuk dapat balik hasilnya melalui cukai.Tapi lain pulajadinya,selepas. 6tahun baru idea ini dikeluarkan melalui menteri baru Dato Najib.perlaksanaanya kurang ikhlas iaitu. srmasa pilihanraya meenjelaang tiba.Jadi pemberianBr1m dianggap rasuah bagi pihak pembangkang.Ranking ke4 dunia selepas Cina selepas pemberian ini berlaku.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"