KERAJAAN KELANTAN Dijangka Menerima RM10 Juta ROYALTI EMAS Tahun Ini, ALHAMDULILLAH
2/03/2013 12:20:00 am
KERAJAAN KELANTAN Dijangka Menerima RM10 Juta ROYALTI EMAS Tahun Ini, ALHAMDULILLAH | Alhamdulillah..... Rezeki tu semuanya dari ALLAH. Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalti emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.
Pada tahun 2012, Kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu. Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.
Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu. Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.
Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun. Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD1660.60/oz
Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar. Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat. Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya. Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu.
2 comments
alhamdulillah..lps ni tggu royalti minyak lak lps pr mng..ahaha
ReplyDeleterezeki negeri tok nik :)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"