Sahabat Que 'Silent Readers'

PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN? | Dedikasi KHAS Buat SUAMI

2/14/2013 08:19:00 pm


PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN? | Dedikasi KHAS Buat SUAMI | Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.



PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
1.   Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2.   Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3.   Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4.   Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5.   Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:
Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
Memberi kata-kate semangat untuk isteri
Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
Mengelap muka isteri apabila berpeluh
Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah korang menemani isteri korang ketika bersalin? Apa perasaaan korang?

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

5 comments

  1. mengharapkan bakal suami juga akan seperti ini nanti :)

    ReplyDelete
  2. satu pengalaman yg mengagumkan...cubalah abe que...

    ReplyDelete
  3. mengharapkan bakal suami menemani semasa bersalin nanti..suami patut menemani isteri..tu semua sebab nak bagi semangat..takkan nak biarkan isteri sakit sorang2 kan

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad