Sahabat Que 'Silent Readers'

PETANDA-PETANDA AWAL PENYAKIT | Kadang-Kadang Tak TerJangka Bila Kita Tak Menjangkakan...

2/04/2013 11:17:00 pm


PETANDA-PETANDA AWAL PENYAKIT | Kadang-Kadang Tak TerJangka Bila Kita Tak Menjangkakan... | Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh ketahui dan diambil tindakan. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:
1) Mata
- Membran pucat: Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu an pucat, ia adalah kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Atur pertemuan dengan doktor untuk buat ujian lanjut.
- Benjolan kuning: Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
2) Gusi- Gusi merah dan berdarah
- Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risikopenyakit jantung, kencing manis dan keguguran.
- Gusi mengecut: Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.

3) Kuku
- Kuku tidak rata: Ada di antara anda yang mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir. Namun jika kuku anda tiba-tiba mengalaminya, ini berkemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.
- Tanda putih pada kuku: Ini menujukkan anda kekurangan minerak zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.

4) Bibir dan lidah
- Bengkak dan kemerahan: Petanda masalah anemia. Berjumpalah denga doktor. Selain itu tambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalh ini juga mungkin petanda bahawa tbuh anda kekurangan vitamin.
- Ulser mulut: Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.
- Bengkak Mulut: Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.

5) Kaki dan tumit
- Urat timbul: Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.
- Tumit mengembang: Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein, the pelawas dan minuman keras.

6) Najis dan air kencing
- Kencing berwarna kuning pekat: Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah the herba dan buah-buahan segar.
- Kencing berwarna merah/ merah jambu: Terdapat jangkitan pada pundit kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.
- Najis ada darah: Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

4 comments

  1. nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Thanks...
    Tapi rasanya, takde kot tanda2 macam yang kat atas.......
    Tapi sungguh pun camtu, benda ni tak boleh dipandang remeh kan...

    ReplyDelete
  3. nice entry, sharing is caring. time kecik2 dulu, kuku sy selalu ada tompok putih.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad