Serpihan tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada
Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang
menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera. Keadaan itu
menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian
tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar
itu.
Menteri dalam negeri Rusia berkata, lebih 400 orang cedera, tiga
daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di
Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain, turut mengakibatkan
komunikasi mudah alih dihentikan sementara.
Menurut sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan.

Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.
sumber: | Reuters | http://www.guardian.co.uk/science/2013/feb/15/meteorite-explosion-shakes-russian | http://www.zulkbo.com/2013/02/gempar-tahi-bintang-meteor-jatuh-di.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter | http://blogfyna.com/kejadian-meteor-jatuh-di-rusia-15-februari-2013/
Takut sangat tengok...
ReplyDeleteNauzubillah, minta dijauhkan dari bumi Malaysia.......
rasa berdegup kencang jantung.
ReplyDeletetakutnya
ReplyDelete