Friday, 1 February 2013

VIDEO Tentang Kasihnya ABANG Kepada ADIKNYA | 30 SAAT YANG TERKESAN DI HATI

VIDEO Tentang Kasihnya ABANG Kepada ADIKNYA | 30 SAAT YANG TERKESAN DI HATI | Pada Abe, rakaman video ini cuma 30 saat saja. Tetapi ianya cukup menyentuh perasaan Abe mahupun siapapun juga yang melihatnya. Ia tentang betapa tingginya Kasih Sayang SI ABANG dalam membantu ADIKNYA untuk menyeberangi sebuah longkang kecil.


untuk tonton video TERKESAN DI HATI ni, Klik TAJUK ENTRI ni
Sungguh LUHUR nilai-nilai murni yang ditunjukkan. 

NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

1. Kasih Sayang terhadap KeluargaPerasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
2. Hormat dan Taat kepada Anggota KeluargaMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
3. Mengekalkan Tradisi KekeluargaanMenerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
4. Tanggungjawab terhadap KeluargaKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.



2 comments:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"