Sahabat Que 'Silent Readers'

Gaji Baru Polis Tentera 2013 | Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013

3/12/2013 12:10:00 am

Gaji Baru Polis Tentera 2013 | Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013 | Memetik sumber dari Berita Harian:
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber: Berita Harian
Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:
  • Konstabel (N17)
    • P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
    • P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
    • P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46
  • Lans Koperal (N22)
    • P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
    • P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02
  • Koperal (N26) 
    • P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
    • P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70
  • Sarjan (N29) (lantikan)
    • RM1,710.39 - RM4,335.62.

Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  • Gred jawatan dan gaji Koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  • Gred jawatan dan gaji Sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
  • Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam 
  • Gred jawatan dan gaji Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  • Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Sumber: Sinar Harian

Harapnya dengan pelarasan ini akan melegakan hati dan rasa gundah gulana para anggota keselamatan Malaysia, yelah ... bukan mudah tugas yang kena dipikul oleh mereka. Sempadan negara sangat luas, dan bagi mereka yang menjaga keselamatan kita, seharusnya diberikan imbuhan dan pelarasan gaji yang sepatutnya.

Dan harapnya tiada lagi istilah rasuah yang sering dikaitkan dengan mereka terutama PDRM, setelah gaji dan elaun diberikan sesuai dengan ketentuan masa dan tugas yang dipikul. Seharusnya, kita rakyat Malaysia berasa bertuah kerana negara mempunyai anggota keselamatan yang cekap dan bersedia untuk berjuang dalam apa jua keadaan.

Nilai darah dan nyawa yang dipertaruhkan tentu tidak dapat disamakan dengan apa yang mereka dapat dalam penyata slip gaji.


sumber: http://www.hasrulhassan.com/2013/03/gaji-baru-polis-tentera-2013.html

You Might Also Like

9 comments

  1. sokong sgt2.. nampak mudah tugas pdrm dan atm tetapi penuh berisiko, cabaran, dugaan dan penuh tekanan dalam menjalankan tugas tambah-tambah lagi isu-isu sekarang dan juga kerenah manusia yang pelbagai jenis di dalam negara ni..

    ReplyDelete
  2. sokong sgt2.. nampak mudah tugas pdrm dan atm tetapi penuh berisiko, cabaran, dugaan dan penuh tekanan dalam menjalankan tugas tambah-tambah lagi isu-isu sekarang dan juga kerenah manusia yang pelbagai jenis di dalam negara ni..

    ReplyDelete
  3. nak minta jadi askar pun susah,,badan kena bmi cantik...temuduga hebat,,test iq macam kena bawa kapal terbang...dengar kata dah habis training prajurit 6 bulan kena kursus lagi...kalau tudm 3tahun 6 bulan...lepas tu kena kursus pesawat yang kena kerja plak 3 bulan...dalam bahasa orang putih plak tu...macam nak ambil diploma bagai..

    ReplyDelete
  4. kalau tudm....tred ketukangan pesawat kursus je lama...mcm skg ni...sy dh genap 4 thun...kursus xhabis2 lg... skg ni pn msh dlm kursus pra tech...6 bulan...habis pra tech...sambung lg dlm setahun lebih.... stdy mmg smua bhsa ingris...exam pn bhsa ingris...pass mark 75...dpt mrkah 74..fail..ko tukar tred ketukangan jadi pak guard jaga pagar pntu msuk... skg ni...xslap aq...ada 35 subjek lg nk kena habis....

    ReplyDelete
  5. mcm2 rintangan

    ReplyDelete
  6. mcm3 rintangan

    ReplyDelete
  7. hairan jugak..dengan gred gaji yang lamapun mewah betul kehidupan polis ni..contohnya pangkat inspektor jee..pakai kereta mewah...civic dll...

    ReplyDelete
  8. Sekarang inspektor polis nak minta kene pakai ijazah...gaji mesti la 2ribu ke atas basic dia...klu dulu stpm je leh minta inspektor

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad