Friday, 22 March 2013

LAHAD DATU TERKINI | Ahli Keluarga Sultan Sulu Kiram Ditahan Pihak Berkuasa

LAHAD DATU TERKINI | Ahli Keluarga Sultan Sulu Kiram Ditahan Pihak Berkuasa | Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia.

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.

Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram.

sumber: Fuh.My

5 comments:

  1. Harapnya semua dalang2 dalam isu lahad datu ni berjaya ditahan dan dijatuhkan hukuman....

    ReplyDelete
  2. Jamalul kiram sesuke hatie jee kacau negara org..
    Elok2 aman ko buat kacau

    ReplyDelete
  3. Yang aku taulah!dia ni kerja pegawai tadbir muda tahun1975-1983 dekat lahat datu,ape kehal...semuani!?.

    ReplyDelete
  4. Udah le kiram hg xkan dpt sabah 2 pengganas

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"