Sahabat Que 'Silent Readers'

LAHAD DATU TERKINI | KAGAT (Kor Agama Tentera) BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI & SIHIR DI LAHAD DATU

3/21/2013 06:54:00 pm

LAHAD DATU TERKINI | KAGAT (Kor Agama Tentera) BANTU TANGANI KEJADIAN MISTERI & SIHIR DI LAHAD DATU | LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.


Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan. Menurut sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh. Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal. Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu. Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

You Might Also Like

7 comments

  1. better selidik dulu. tu macam kayu gaharu je. kat mekan pun ada buat camni.

    ReplyDelete
  2. Pakai ilmu hitam lah plak...
    Kalau larangan Tuhan terhadap syirik pun di pandang enteng, ni kan plak arahan manusia suh tinggalkan Sabah...

    ReplyDelete
  3. MAKA laknat dan azab lah mendahului mereka yg menyekutui tuhannya.ALLAH tidak menzalimi umatnnya melainkan mereka lah yg menzalimi diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Allah itu maha besar dan Allah itu maha mengetahui...segagah dn sekebal mna pn mrka,psti mrka akn tewas.

    ReplyDelete
  5. Allah itu maha besar dn Allah itu maha mengetahui.
    Segagah dn sekebal mna pn mrka,psti mrka akn tewas.

    ReplyDelete
  6. Sebab tu anggota keselamatan dinasihatkan jgn makan rasuah! sihir,musibah dapat diatasi dgn mudah berserta kuasa Allah s.w.t.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad