LAHAD DATU TERKINI | Pembongkaran Anggota Keselamatan Alami Kejadian Aneh Di Lahad Datu Angkara Ilmu Hitam Puak Pengganas Sulu | LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.
sumber: Fuh.My
sumber: Fuh.My
Ajaran sesat sebegini jauhkan ler...
ReplyDeleteDah lah perjuangan salah ditambah benda khurafat..
Tak keash lah tu... sebab kalau dah namanya musuh, mereka akan datang dgn berbagai muslihat, tipu daya dan helah. Apa yang amat2 penting adalah diri kita sendiri atau pasukan kita sendiri... bagaimana hubungan kita dgn Allah S.W.T. adakah kita jaga amal-ibadat atau talian hayat kita dgn Allah S.W.T. atau bila dah tersepit je baru ingat Allah S.W.T. Kalau dizaman Para Sahabat dulu... pejuang2 hanya dipilih dari orang2 yg. baik hubungannya dgn Allah S.W.T terutamanya dari segi solat, malah pejuang2 hanya dipilih dari kalangan mereka yg bangun malam (solat dan ibadah malam) sahaja. sebab itu masa perang Badar 300 tentera Islam boleh kalahkan 1000 tentera kafir laknatullah... agak2 kita ni macam-mana... mana tahap kita... sekarang ni musuh kita yg rasmi kurang-lebih 200 org... kita berapa batalion... terbalik jadinya... jadi marilah kita betul2 bermuhasabah diri dan bermuhasabah dgn sikap pemerintah yg ada sekarang ni dalam menjaga hubungan dgn Allah S.W.T dan Islam itu sendiri... bukan nak memperkecilkan kecanggihan persenjataan kita atau semangat perwira kita, tapi marilah kita renungkan USA yg amat hebat persenjataannya dan keanggotaan tentera pun tewas di tangan pejuang2 Islam yg Tawaddhuk kpd Allah S.W.T. Kita kena beriman, hanya Allah S.W.T Yg Maha Gagah adalah pelindung kita. Yg ada pada kita hanya ikhtiar. Selebihnya adalah Tawakkal kpd Allah. Jangan kita tertipu dgn cara kafir dgn mendabik dada dgn kecanggihan, semangat dan kemahiran namun kufur kepd Allah yg akhirnya membawa kpd kemusnahan didunia dan akhirat.. Kita masih bertuah kerana masih dikurniakan pertolongan dan rahmat Allah kerana masih ada insan mulia yg Tawadhuk dan Bertakwa kpd Allah dgn sebenarnya... kita kena akui itu. Tapi kita secara keseluruhannya dimana.. apakah cukup dgn berharap kpd org lain tanpa sedikit rasa insaf dalam diri kita... sesungguhnya dgn apa yg berlaku adalah petunjuk dari Allah S.W.T supaya kita bertaubat dan kempali kpd suruhanNya. Wallahualam.
ReplyDeletefitnah.
ReplyDeleteapproval? bacul! sedap menulis syok sendiri
ReplyDelete