Wednesday, 13 March 2013

LAHAD DATU TERKINI | SEMUA MESTI BACA: KISAH NYATA DISEBALIK GUGURNYA PAHLAWAN NEGARA

LAHAD DATU TERKINI | SEMUA MESTI BACA: KISAH NYATA DISEBALIK GUGURNYA PAHLAWAN NEGARA | Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Ini yang Abe nak kongsikan dengan semua. Menurut sumber Kisah Nyata yang Abe dapat ni, katanya:

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada.. Amin Ya Rabb.

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=492445030814007&set=a.352943368097508.80937.352931258098719&type=1&theater

42 comments:

  1. sedihnye + takot bace kisah nie ~

    ReplyDelete
  2. saya tau dah citer ni tapi ni 1st time sy baca kat blog. memang kejam diorg tu. memang patut 'bersih' kan aje diorg tu...

    ReplyDelete
  3. Kenapa manusia sekarang sangat kejam dan tak berperikemanusian...kejahilan menyelubungi mereka...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah zalimnya mereka...
    Semoga Allah swt membalas setimpal perbuatan mereka.......
    Al-fatihah dan takziah buat mangsa..

    ReplyDelete
  5. TAKZIAH & kpd yg muslim AL-FATIHAH, semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh tentera/polis Islam yg gugur...

    Tragedi Lahad Datu masih menjadi tanda tanya;
    -mengapa pihak yg berkuasa tdk dpt menghidu kemasukan mereka?
    -mengapa terus berdiplomasi sdgkan telah ada yg menjadi mangsa?
    -mengapa PDRM dan tdk ATM terlibat pd peringkat awal?
    -mengapa ada percanggahan kenyataan pd awalnya antara menteri dan pihak polis..?
    -mengapa PM tdk memanggil sidang parlimen khas (utk keluarkan satu kertas putih) atau sidang meja bulat..??

    p/s; rakyat semua sudah cerdik, cuma yg tak cerdik umno/bn dlm memikul amanah yg diberikan kepadanya...
    Cukuplah... INI KALILAH...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu kna pkir jga xsmua mnusia smpurna,kalau kamu crdik btla mmrendem pd phak atas,jgn mnunding jri pd phak lain,yg pnting hti kta untk bkrjsma.. Ingtla Allah mha mgthui ap yg trbek.. Ap yg xcrdik dn mjdi tnda tya prbtolknla dgn mnambhkn ilmu pngthuan,bkn mgkut emsi dn tksub pd pltik

      Delete
  6. kalau boleh sila dedahkan nama anggota polis yang menceritakan....masih ramai yang ragu-ragu berhubung perkara ini apatah lagi dikhabarkan kata ahli keluarga tidak diberi peluang untuk melihat jenazah anggota-anggota yang dikatakan terkorban...

    ReplyDelete
  7. Saya tidak berniat untuk mempertikai maklumat yang disampaikan. Saya yakin ia pandangan sebenar dari kacamata seseorang yang terlibat secara langsung. Namun disebaliknya, terdapat maklumat-maklumat lain yang, jika diteliti secara halus, membangkit banyak tanda-tanya.

    Kita mula2nya dikejutkan dengan berita terkorbannya 6 orang Anggota Keselamatan. Namun, kejutan tersebut diredakan dengan berita terbunuhnya juga 6 orang musuh. Tapi, yang anehnya kejadian berlaku di Semporna, yang letaknya beratus kilometer jauhnya dari Lahad Datu. Kaitan diantara kedua keganasan terbiar kabur kerana tiada pencerahan dari pihak berkuasa.

    Kita kemudiannya dikejutkan pula dengan berita kematian seseorang yang bernama Imam Maas, yang terbunih sekali gus bersama-sama 4 orang anaknya. Yang anehnya berita ini tidak mendapat liputan dalam media kita. Walau pun Imam Maas tentunya bukan Anggota Keselamatan, terbunuhnya Imam Maas bersekali dengan 4 orang anak2nya menimbulkan persoalan besar. Kalau mereka benar-benar musuh mengapa berita tersebut mesti digelapkan dan tidak disebar ? Penggelapannya kenampakan ada muslihat.

    Kebelakangan ini kita dikejutkan pula dengan berita Anggota Keselamatan kita yang terkorban itu dizalimi dengan kekejaman dan tidak dapat diselamatkan sehingga ketibaan bantuan sehari selepasnya. Maklumat ini membayangkan keadaan cukup genting dikawasan tersebut dikala itu, seolah-olah ada musuh yang berbatalion banyaknya bertahan disitu. Tapi, kalau benar demikian,bagaimana episod ini boleh berakhir tanpa apa-apa kejadian serious ? Musuh tak mungkin kedapatan disitu kerana tiada pertempuran yang berbangkit hingga kehari ini. Mustahil sekali musuh yang ramai atau bersenjata boleh lesap keudara sambil diperhatikan oleh Pasukan Keselamatan kita.

    Sesungguhnya, saya kuatir ada masalah yang lebih besar membelenggu kejadian di Semporna. Saya percaya, jawapannya masih tersembunyi disebalik kematian Imam Maas dan 4 orang anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk geogle searh peta negori sabah ni...semporna nie pon kawasan perairan...jd lanun yg baik nie pon mendarat disana dlm kuantiti yg mugkin...harap-2 sedikit...selebihnya di lahad datu...yg dtg tu pon bkn gred tukang kebun...mahir dlm ketenteraan...yg diceritakn td anggota polis diserang hendap...diserang...maksudnya...kalo kte nk menyerang mcm nie...tentulah musuh td kurang kelengkapan...kurang kemudahan...kemenagan pasti di pihak kte si penyerang...xkn nk serang kem askar yg kita tahu memang kte kalah punya...jd perwira kte diserang hendap...nk taknak kena hadap jew la...melawan...jap g org ckp kte bancul pulak...polis lari lintang pukang...pdrm...atm..bkn nk selamat nyawa mereka tp penduduk sabah dan kawasan tu...jd diorg bertahan...dan melawan...kalo isu nk sorok...coz kena sorok..media massa skg...mcm-2 teori...smpai ckp lakonan...drama t.v petang-2...kte lihat byk faktor knape kerajaan atau pihak keselamatan..tidak mwnonjol kerana apa...1..org sulu kat sabah tu yg baik-2..yg keje polis...askar...dktr...lawyer...pon ramai...jd..cubit paha kanan...paha kiri terasa jugakkn...tolong buka minda anda..mgkin kerajaan xnk perkara ini berapi-2...dgn perdagangan...perhubungan 2 hala antara malaysia dgn manila..nk jugak juga ati mber..pertimbangan akal..digunakn oleh kerajaan...jd pendekatan dibuat sehabis baik...jd dunia sedang melihat malaysia skg...sy x berminat berbicara soal politik...kerana ni bkn tmptnya..tp satu perkara...pilihlah kerajaan yg tidak menidas mu..keluargamu.agamamu...jgnlah kamu mengangkat waima pedangmu untuk pemerintah yg sah..yg dipilih oleh sebahagian dr kita...kerana apa...ada 1 cerita...selepas kewafatan nabi...ada 2 org sahabat nabi bersolat di belangkang seorg iman yg telah membunuh sahabat nabi..yg tidak suka pemerintah nabi..sahabat td balik..tnya kpd seorg iman..apa sah solat dia..iman td menjwb..sah solatmu..selagi iman td masih bertauhid dgn agama allah..tp dia dh bunuh sahabat kita dulu..xpe...kalo dia pelaku bidaah...iaitu dosa..dia kekal dgn dosa dia..krn allah maha adil..setiap mukmin..tidak akan menanggung dosa mukmin yg lain...jg jika kte benci..meluat ng seseorg..kte letak kn sedikit perasaan syg...alhamdulilah...sy dan yg lain jugak pasti xnk apa yg berlaku diselatan thailand..sehingga hari ini masih berlaku lg serangan-2...jadi untuk kestabilan..ketenteraman malaysia...perwira inilah yg menanggung akibatnya..kedaulatan negara tiada sandiwara..cuma mereka yg berhadapan dgn perkhianat bangsa..petualang bangsa..bygkn jika dihebohkn perkara sebegini...lihatlah api kemarahan manusia lainnya..dan jugak semangat angkatan anggota polis dan tentera malaysia...mgkin boleh pudar...kerana apa...siapa yg snggup mati...mayatnya di aib..malu x...tnya pd mak ayah kte...snggup x diorg dgr...jgn pk perut sendiri..kalo syg sesuatu pon.
      Tgl sedikit perasaan curiga..

      Delete
  8. Assalamualaikum En.Alias,
    Saya pun berpendapat terlalu banyak berita disembunyikan olih pihak kerajaan (pemberita Al-Jazeera pun tak dibenarkan masuk!). Menteri, Ketua Polis dll awal2 mengatakan dalam kawalan & nak Berunding!!!.
    Tiba2 polis kena ambush & jet pejuang dihantar untuk pengeboman. Gambar yg Zahid Hamidi tunjuk kat media pun dipertikaikan kesahihan yg terbunuh tu "pengganas" Sulu!!!( Gambar dengan uniform seragam macam polis kita!!!).Kalau kita guna hukum akal mereka tu datang bbrp orang sahaja & nak menuntut 'janji' atas tanah, dan tahu mereka tiada kekuatan nak lawan tentera Malaysia.Manusia pada fitrahnya tak senang/selalu melakukan keganasan & penginayaan kecuali sesuatu penginayaan telah dilakukan keatas yg terdekat dgn mereka, ini mungkin ada kaitan dengan pembunuhan Imam Maas & 4anaknya yg mana berita ini dipadamkan terus olih pihak kerajaan. Kenapa? Yang hanya sentiasa ditonjolkan dlm semua media keganasan & penganiyaan keatas polis! Fikirkanlah & tapislah berita2 drpd mereka yg mengaku sebagai 'Syaitan yg dikenali'.

    ReplyDelete
  9. baca sini elok2....

    1. siapa polis yang ceritakan cerita ini?
    2. mengapa media tidak highlightkan kisah tragis ini dalam paper, tv?
    3. ada beberapa org survival dalam insiden itu 19 org anggota yng terselamat..mengapa tiada satu cerita pun dari mereka?
    4. tiada temubual eklusif (hanya tv yg paparkan) anggota yg cedera dibawa pulang, org perak kalau xsilap.
    5. saya katakan ini adalah cerita atas angin yang berniat baik untuk menaikkan simpati rakyat tp dibuat2..
    6. al fatihahuntuk semua anggota beragama islam yg terbunuh..

    ReplyDelete
  10. wah sy dh tak tau nk komen apa.cukuplah apa yg nk dikata dh dikomen oleh kwn2 diatas

    #td ms bfast di kedai makan,kbtln brta pagi di tv.semua dlm kedai tu menyumpah seranah pgns sbb dorg terlalu kejam...

    ReplyDelete
  11. Yang kau semua nak menyokong penganas ni buat apa nak timbul persoalan pelik2 sudah2lah berpolitik tu,ni nyawa manusia ingat boleh buat main2 ke?

    ReplyDelete
  12. aku tak nak komen byk2 lah sebab byk yang dah komen mcm2..cuma aku nak tanya soklan logik je..aku tanya sebab aku cintakan MALAYSIA ..NEgara TUmpah Darahku !!
    1) Yang aku tahu PERISIKAN MALAYSIA adalah yang terbaik di rantau ASIA...kalau nak diikutkan..penceroboh sulu tu baru nak masuk bot pancung kat kpg dia orang..navy ke maritim ke boleh tembak dari jauh ?? Ok , kalau tak nak tembak dari jauh..tembak waktu kat tengah laut? Kata lah nak bagi peluang lagi..mendarat je dia orang kat pantai sabah...boleh tangkap on the spot?? sebab kenapa?? sebab dia orang bawak senjata ! Kalau datang nak berunding...tak payah bawak senjata beb ! bawak pen kertas..laptop..samsung note 2..modem..pendrive dan pakai lah smart2 sikit..sure polis ke tentera ke layan baik punya ! Tak gitu??
    2) Katakan lah PDRM & ATM ..MARITIM ke..ni leka bertugas..sedar2 penceroboh dah landing..soklannya knp tengah berunding tu..PDRM ATM tak pasang BARISAN KEPUNGAN di kawasan tempat berunding tu..kalau SLOW TALK tak menjadi..penceroboh ni tak ada peluang masuk ke dalam hutan untuk berperang sebab kita dah secured awal...?? Dah polis mati..baru nak hantar 7 bat..hantar jer lah 1 division ??
    3) Aku yakin ATM ke PDRM boleh !!!! Malaysia Boleh !!! ATM baik PDRM sure dah study lama pasal sejarah pemberontak sulu ke MNLF ke MILF ke..lanun ABU SAYAF ke..siapa dan keupayaan mereka...!!! Siapapun mereka..kalau menceroboh bawak senjata, mana boleh berunding..tangkap mereka dulu..buang senjata dulu..baru selamat lah PDRM nak berunding..!!!

    ReplyDelete
  13. saya orang sabah , saya lebih tahu apa berlaku disini tapi kenapa orang luar pula yang memandai-mandai konon tahu dan faham cerita lahad datu ?

    malam kejadian, orang kampung dah nampak dan sangsi gerak geri orang asing yg masuk ..lalu mereka telefon APMM yg berlabuh tdkjauh dari situ , bagitau ada orang mencurigakan masuk, apa jawab orang APMM? ok ..nanti esok kami akan siasat!

    kedua, anggota PGA yang bertugas malam itu sekarang dah kena siasat oleh atasan, semua buku laporan mereka disiasat, dimana mereka ketika itu ? apa mereka buat? maknanya kelalaian dan disiplin anggota itu disiasat ...

    kes 6 orang polis mati si Kg simunul semporna, sebenarnya pasukan polis itu dikhianati oleh orang polis sendiri, seorang anggota bernama HASSAN BASRI , umur dalam 50an pangkat kopral dan berbangsa suluk telah membocorkan rahsia pergerakan pasukan itu kepada pengganas di kg simunul, Hassan ini memang anggota bermasalah dan sudah banyak kali ditegur oleh pegawainya [inspektor dari kuching yg terkorban itu]
    keberhutangan yg serius, disiplin yg teruk, rungutan dan aduan orang ramai , dialah yg menajaga para penjual dadah di simunul, dia punya ramai saudara mara disana, dia mendapat wang upah[perlindungan] bulanan, dan dia tahu bahawa di kg tersebut memang terdapat banyak senjata haram dari filipina,
    kerana dendam sering ditegur, kerana takut rahsia terbongkar, maka dia khianati rakan2nya ..target utamanya ialah inspektor itu,

    kes Lahad Datu, orang yang menyimpan rahsia besar ialah Ahmad Malandi, bangsa suluk , dia besan kepada sultan kiram sulu, anak Ahmad nikah dengan anak kiram!
    panjang ceritanya, tapi saya cuma nak bagitahu, ini bukan lakonan dan bukan kerja umno atau kerajaan ,ini adalah pencerobohan dari sulu yang dijanjikan pelbagai auta oleh seseorang berbangsa suluk tapi telah lama menetap di Lahad Datu dan punya cita2 politik!

    hanya kerana banyak larangan dari pihak berkuasa maka pelbagai andaian direka cipta semata2 utk memuaskan hati dan selera sendiri, ramai juga yg mencipta pelbagai teori dan andaian dan menyesuaikan dengan selera sendiri, bagi kami disini ...kami lebih tahu bagaimana dan siapa !

    gambar mayat dalam kubur itu memang mayat orang sulu yg menceroboh, bukan mayat pasukan malaysia! hanya kerana warna gelap pakaian mereka ..maka kita kata itu bukan pengganas sulu, tuan2 tahukah bahawa pengganas sulu memang pakai baju gelap[hitam] ketika awal2 sengketa utk mengelirukan askar/polis malaysia yg gunakan juga warna hitam!


    wartawan , mereka ditempatkan di Residence Hotel milik felda, demi keselamatan mereka kerana pengganas sulu dikesan cuba menculik wartawan dan orang tempatan utk dijadikan tebusan !

    tanyalah orang kapung Tanduo, kg tanjung labian dan kg sekitar ..adakah yg mati [dlm gambar kubur ramai2]itu askar malaysia atau pengganas?

    tolong hormat perasaan orang kampung yg terseksa, tolong hormat ahli keluarga mangsa yg ditinggalkan, anak kecil yg jadi yatim ..isteri yg menjadi janda, ibu yg kehilangan anak dan seorang adik yg kehilangan abang,
    cukup2lah kita membuat andaian , atau teori sesuka hati,

    atau kalau tuan2 masih tak percaya, silakan datang ke sini dan rasailah keadaanya ..lihat dengan mata kepala sendiri setelah itu tuan2 buatlah andaian atau teori sesuai dengan selera sendiri

    ReplyDelete
  14. gantung sampai mati si HASSAN BASRI TU

    ReplyDelete
  15. Kita bersedih pada anggota keselamtan yang terkorban, pada penduduk sekitar Lahad Datu yang ketakutan namun sebagai manusia kita juga simpati pada mereka yang mulanya dilabelkan penceroboh, kemudian pengganas yang berpuluh sudah ditembak mati.

    Siapa identiti mereka, siapa keluarga mereka masih jadi tanda tanya. Dunia melihat negeri ciput diterajui UMNO/BN senang2 menembak mati yang tidak bernama dan entah warga mana.

    Berpuluh manusia mati begitu saja sedangkan bila Thailand dilanda rusuhan, Malaysia sibuk menayang kekejaman orang luar.

    Baik dinegara mana pun ditimpa bala, Malaysia paling sibuk nak highlight kekacauan negara orang.

    Sampai masa dunia melihat kejahilan diplomatik kerajaan UMNO dan BE END.

    What goes around comes around.

    ReplyDelete
  16. bagus la...awak lebih tahu segalanya, thanks for information...yang lain2 bg komen ntah apa2 di atas akan disiasat..terima kasih kepada anda org sabah.

    ReplyDelete
  17. Kepada ... Anonymous at: 3/13/2013 1:48 am Tahniah

    Keterangan anda sememangnya dihargai kerana ramai sangat yang memandai2 dan mereka2 cerita seolah2 mereka ni lebih hebat drp PDRM & ATM, x usahkan PDRM & ATM dlm tentera US pun ada tali barut...biasalah peperangan memang perkara2 sebegini x dapat dielakkan. kalau bagus sangat pi sana bersama pasukan keselamatan dibarisan hadapan... sama lah macam Tian Chua dll berkokok x sudah2 tapi ekor bergelumang tahi...

    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  18. Maklumat dari Anonymous (13/3@1.48am) satu pencerahan yg baik untuk memahami apa yg benar2 berlaku. Cerita dalaman yg disampai kan tentunya tak sampai kepengetahuan kami. Namun, kalau itu puncanya, mengapa masalah tidak ditangani awal2 dan dibiar hingga menjadi masalah besar Negara ? Yg bermasalah dan pegawai atasannya harus dipertanggung-jawabkan tanpa banyak karenah. Walau bagaimana pun, maklumat lebih mereng kepada masalah penyeludupan dan masalah peribadi tertentu. Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan masalah musuh bersenjata yang pada masa itu (dan sampai hari ini ) tertumpu di Lahad Datu yang letaknya beratus kilometer jauhnya ?

    Sesungguhnya, tiada siapa yg sangsi dengan pengorbanan yang terkorban. Yang kami luahkan adalah semata2 fakta-fakta bercanggah dan susah diterima akal apabila disusun secara logic.
    Kami bukan saja rasa tertipu, malah cuba diperBODOHkan. Komen FJ Cruiser umpamanya meluahkan kemustahilan musuh bersenjata boleh bolos menembusi alat pengesan canggih yg dimiliki Malaysia. Ini secara tak langsung membayangkan bahawa apa yg berlaku dapat kerjasama dari dalam. Soal yg timbul adalah SIAPA yg ada KUASA untuk mengizinkan ini berlaku ? Saya mempersoal kan kematian Imam Maas kerana susah mempercayai beliau boleh mati sekali gus bersama 4 orang anaknya, lebih2 apabila kesah itu dikaitkan dengan kekejaman yg menimpa mayat 6 orang Anggota Keselamatan yang, walau pun gugur dalam peristiwa yang sama, tak dapat diselamatkan sehingga ketibaan bantuan sehari kemudiannya. Saya kuatir ia tak lebih dari salah-laku yang mengakibatkan kematian Imam Maas, diikuti dengan tindak-balas oleh anak2nya. Ini tentunya disusuli dengan pembunuhan mereka berempat dan peristiwa kemungkinan seterusnya menimbulkan kemarahan orang Kampung Simunul sehingga Anggota Keselamatan pun cuak hendak menyelamatkan anggotanya yang gugur dan cedera. Berakhirnya kisah ini tanpa incident yang besar selepas itu membuktikan dengan jelas ia tiada kena mengena dengan Lahad Datu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam mass mana?kau orang mana,dimana maklumat yang kau dpt ayat2 kau ni ada yg mcm burma pun ada kau ni dapat ic projek ke,pengkhianat pada bangsa dan negara,kau ni musuh ke apa?percayalah pada pemerintah yang dilantik! kau tak percaya dgn pdrm dan tentera ke?glah duduk dalam hutan sana kawan dgb beruk dan mass pojok kau tu,pakai buluh duduk dgn beruk kau ni selayaknya,alat canggih bapak kau bolehlah kesan kau tahu ke bagaimana radar berfungsi,kau tahu alat sonar mcm mana dia berfungsi,akal bodoh nak mengajar org.Kau tahu tak ayat kau ni menghasut dan cuba mengelirukan orang ramai dan membenci polis dan tentera,harap polis tangkap aja orang mcm kau ni.Kalau ada rahsia tu rahsia sulit yang harus disimpan demi kedaulatan negara sebagai rakyat yang cintakan keamanan

      Delete
    2. Janganlah buat andaian sndr. Buat apalah polis nak bunuh org awam x tentu psl smpi mengorbankan nyawa..ini bkn kes pertama pencerobohan dsemporna. Sblm ni pun dah ada kes lanun serang balai polis d semporna. Apa yg heran klu memg ada kaitan dgn pengganas dlahad datu..

      Delete
  19. Banyak sebap kenapa ia tidak disiarkn..selebihnya memghormati ahli keluarga arwah,tak elok lah kn kematiaan mangsa ni disiarkan meluas.sebaiknya info berfaedah di alu-alu kan,bukan sebaliknye..Takziah pada ahli keluarga mangsa

    ReplyDelete
  20. Saya kecewa pd mereka yg masih memperkecilkan pskn kslmtn kita n kerajaan.seolah2 masih timbul d hati mereka org sprti tian chua n nurul izzah yg memandai ja bg andaian n pndapat yg bgtu bodoh skali.nmpk skali bodohnya.saya org sabah rasa slmt bila ramai anggota kslmtn d sini.

    ReplyDelete
  21. terima kasih komen dari orang sabah...atleast kami dapat tau serba sedikit maklumat yang tak berapa jelas sebelum ini....ya mmg yang banyak dok komen tu bukan tau sangat pun....banyak yang dok buat andaian sendiri...apa pun harap2 semua benda ni tak berlarutan...semoga wira2 negara dapat tumpaskan si penceroh itu.

    ReplyDelete
  22. hari ni trima email gambar askar kita yang diseksa...x sure sahih ke tak...tp ada yg tanpa kepala..tanpa mata..skkery...

    ReplyDelete
  23. bourne identity3/13/2013 8:09 pm

    salam. saya bekas anggota vat69 tahun 1977 - 1993... dan yang terkorban itu adalah korporal saya allahyarham sabarudin.
    Bukan senang nak memrangi musuh di kawasan bukan hutan - ini tugasan cawangan khas yg bekerjasama dengan kami sejak dari 1969 tertubuhnya vat69.
    Keutamaan adalah untuk mengelkakkan nyawa orang awam kerana pihak keselamatan hanya berususan dengan poihak musuh. Bila musuh bercampur gaul dengan orang awam - tugasan kami adalah almost impossible.
    Selagi musuh tidak dipissahkan dari orang awam dan sebalinya juga - maka nyawa anggota keselamatan senantiasa terdedah dengan mudahnya.
    Seharusnya rakyat jangan membuat andian sendiri tanpa usul periksa... ini bukan permainan call of duty.
    Pengumpulan perisikan memerlukan total blackout dan silence dalam media komunikasi untuk mengelirukan pihak musuh...terutamanya musuh dalam selimut.'Fikir2kanlah....

    ReplyDelete
  24. Kebanyakan komen disini adalah tidak berdasarkan fakta. Umpama komen kedai kopi. Pendapat diberi boleh mengalahkan dan nenyalahkan sesiapa sahaja. Banyak postulasi sendiri. Lebih baik diam daripada memberi pendapat tak menentu tanpa fakta fakta yang sahih.

    ReplyDelete
  25. Ape nk d heran kn bank pn yg ade cctv n guard pn leh kne rompak, dlm.duni ne tk.de yg mustahi

    ReplyDelete
  26. Tak mungkin dilupakan kejadian ini. huuu

    ReplyDelete
  27. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Usah la kite berdebat tentang perkara ini.yg penting..umno ke..pkr ke..pas ke..kene sama2 berganding bahu selesaikan isu ni. Dah terlalu byk nyawa terkorban.kasihan anak2 kecil yg kehilangan bapa samada dr pihak kita atau musuh...

    ReplyDelete
  28. fikir akal logik sanggup ke IGP dan PAT tengok anak buahnya mati kerana hendak pertahankan salah satu parti politik.IGP dan PAT lebih tahu dari awal kalau ini perancangan politik baik kerajaan atau pembangkang buat apa hendak susah payah berjaga sepanjang malam hanya untuk lakonan kata ahli politik .marilah bersama2 fikir supaya kes ini dapat diselesaikan sebelum lebih banyak nyawa terkorban

    ReplyDelete
  29. kan orang dari sabah dah citer,macam mane keadaan kat saner yang ko orang pandai2 buat andaian sendiri tu kenape,ko orang ade kat sane ke masa mase kejadian tembak menembak,k korang pandai2 nak buat citer,nak cari publisiti murahan,ko nak pertikaikan kawalan keselamatan negara,anak ko kat rumah pun belum tentu ko boleh jaga,ni kan pulak pasukan keselamatan negara yang nak jaga beratus2 kilometer.nak cakap pakai otak jangan nak komplen jer,kalau setakat citer kedai kopi ko boleh la,kalau ko berani sangat ngaper ko tak g sane tengok sendiri,atau pun ko pegi serang pemberontak sulu tu,citer saper pun boleh,

    ReplyDelete
  30. jangan pandai cakap je....

    ReplyDelete
  31. inilah akibat projek IC, kerana terlalu yakin dapat sokongan, kini menjadi time bom. sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam proje IC ini ditangkap dan dibicarakan sebagai pengkhianat Negara tanpa mengira kedudukan, samada mantan PM atau siapa sahaja. kerana orange seperti ini prajurit yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan kuasa.

    ReplyDelete
  32. sudah² la ko org duk menyalak kt sini...kalu nak bolos....tetap akan bolos ini semua kuasa ALLAH...walau jaga sempadan mcmner sekali pun....ko org semua ingt kita nie hanya manusia biase bukan malaikat....kalu ko org duk salah kan polis @ tentera @ penguatkuase lain sampai bila pekara nie x akan selesai....knp ko org je yg x jadi polis @ tentera je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nak bndg manusia ngn malaikat kelakrmu nie..malaikat hnya thu brtsbh n sujud pd ALLAH spnjng masa..malaikat x d beri ilham atau ilmu spt manusia..ingt sjrh penciptan nabi adam....? yg brlaku ini mmg sdh trtulis xada sbrg perubhn...itulh kpntgn beriman kpd rukn iman yg ke 6.

      Delete
  33. salam..saya asal lahad datu dan masih selmat di sini ..sorry to say...tlalu banyak pndapat disini yang saya baca..pandangan saya jangan buat pelbagai andaian...jangan aibkan sesiapa jika telinga sendiri tidak mendengar dan mata sendiri tidak menyaksikan...fitnah itu besar dari zina kan...memang benar disini masih tidak selamat..kami penduduk sini masih berjaga2..terima kasih atas kprihatinan anda dan juga tentera serta polis yang bantu kami disini..dan saya snediri adalah sulu tetapi saya taat setia kepada malaysia walaupun menderhaka kepada bangsa saya sendiri kerana kami sulu di sabah majoriti mnjadi anak jati sabah dan menjaga kedaulatan malaysia serta kami sendiri disini sanggup membantu pihak tentera dan polis menunjukkan kesetiaan pada negara..saya harap lepas ni jangan buat pelbagai spekulasi apalagi terhadap kaum sulu disabah yang sudah menjadi warganegara..wallahualam..sama2 kita jadikan pengajaran masa depan..semua ni bpunca dari dalamn kita hope after diz gov kita cari solution tbaik dmi kpntgan kita..siapa la rakyat tnpa kerajaan dan sapala kerajaan tanpa rakyat...peace to all.. doakan kami disini from lahad datu sabah.

    ReplyDelete
  34. wow..mcm2 komen..memang benar tentang kejadian yg diceritakan oleh saudara kita tu..tp,kita juga x boleh buat andaian sendiri..tiada seorg pun manusia tahu apa sebenarnye2 berlaku n muslihat sebenar dorg,even ade yg cakap nie agenda politik la..salah org nie la,alah org tu la..sesungguhnya hanya Allah YAnng Maha Mengatahui segalanya..kita sepatutnya sebagai saudara sentiasa mendoakan keselamatan dan mohon segala urusan mereka dipermudahkan..begitu juga dengan isu kaum sulu,bukan semua darah sulu itu kejam..mcm saudara kita di atas..ramai rakan2 kami berdarah sulu,tp x pula dorg begitu..sy sendiri di sni,kami lalui sendiri..kami alami sendiri..tp kami x komen banyak,apa yg kami mampu baut adalah menadah tangan dan berdoa serta bersujud hajat kepadaNYA..dan sy percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.."beza orang yg bodoh n yg pandai..org bodoh mencari salah org lain,tp org pandai mencari slh sndri n cuba memperbetulknnya.."

    sy mahon kepada saudara sekalian,apa sekalipun maklumat yg anda tahu TOLONG JANGAN DICERITTAKAN DI LAMAN MEDIA DAN INTERNET,KERANA PERBUATAN SEPERTI ITU AKAN MENGERUHKAN LAGI KEADAAN..

    LET'S TOGETHER PRAY FOR SABAH..COZ I LOVE SABAH,THE LAND THAT I'M STANDING RIGHT NOW..

    ALLAHUAKHBAR..

    ReplyDelete
  35. Saya nak beritahu kau orang kalau nak komen atau buat cerita tu biar betul kerana segala komen atau pun tulisan yang kamu semua lontarkan akan disiasat jangan nak sedap mulut aja bercakap.Kalau tak tahu diam.Apa yang kawan kita dari Sabah tu cakap adalah perkara benar.Polis pun manusia juga ada nak hidup dalam kemewahan ada yang sanggup tak makan daripada mengambil benda benda haram.Macam kau orang juga.Aku tahu kau orang pun lebih kurang macam tu juga.

    ReplyDelete
  36. syukor alhamdulillah.. kita mempunyai pasukan keselamatan yang hebat. sehingga kini kita dapat menewaskan puluhan pengganas sulu laknat itu. pagi tadi 9 april pihak keselamatan telah menemui sebuah lubong kubor penganas. ini menunjukkan ramai di kalangan pengganas telah mati.. ditangan pasukan komandor kita.

    bagi tentera kita yang gurgur marilah sama-sama kita doakan semoga rohnya di tempatkan bersama2 orang yang soleh.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"