Tuesday, 26 March 2013

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS | PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU13)

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS | PILIHANRAYA UMUM KE 13 (PRU13) | Nampak gayanya desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum 13 akan diadakan bulan Mac ini semakin kabur dan seperti ianya akan berlaku setelah pembubaran parlimen secara automatik pada bulan April nantI. Abe ambil sumber ni daripada Fuh.My. Menurut Dr. Fuh:-

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS, Pilihan Raya Umum PRU 13 2013.

Hal ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang rasanya tak perlu diulas oleh Dr Fuh kerana umum sedia maklumkan. Kes Pencerobohan Puak Sulu Di Lahad Datu merupakan salah satu "alasan" yang boleh diguna pakai untuk melewatkan pilihan raya umum.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun walau bawagimana pon, kita sebagai rakyat jelata yang inginkan kemajuan hendaklah menunaikan tanggungjawab kita dengan baik berdasarkan corak kepimpinan yang kita fikirkan baik untuk seluruh rakyat.

Sehubungan dengan itu, bagi langkah awal, para pengundi boleh membuat semakan semula kawasan mengundi masing-masing secara online mahupun secara SMS.

Untuk menyemak secara online, anda boleh pergi terus ke laman SPR ini dan cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja.

Semak Tempat Mengundi Secara Online Dan SMS, Pilihan Raya Umum PRU 13 2013.

Untuk membuat semakan secara SMS pula anda cuma perlu menaip - SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Sebagai contoh: SPR SEMAK 880912015858 dan hantar ke 15888

Selamat mengundi semua, tunaikan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Pilihan di tangan anda. Undi adalah rahsia

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"