Wednesday, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Malaysia DI BUBAR ESOK | Pilihanraya Umum Ke 13 PRU13 DI JANGKA Akan Diadakan Pada Hujung MEI

Akhirnya Parlimen Malaysia DI BUBAR ESOK | Pilihanraya Umum Ke 13 PRU13 DI JANGKA Akan Diadakan Pada Hujung MEI bilakah agaknya parlimen akan dibubarkan ini adalah sejarah baru bagi negara kita yang mengamalkan demokrasi tulen dan dicontohi. Rakyat masih tertanya-tanya dan esok adalah tarikhnya.. Insya Allah.. Ini kali lah!!!!



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jangkaan tersebut berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar.

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen. Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas selesai mesyuarat dan jam 5 petang beliau dijangka menyertai Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Dalam pada itu, beberapa menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.

"Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu," katanya dipetik dari BH hari ini. Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13.



menurut HarakahDaily pula...

KUALA LUMPUR: Semua jentera pilihan raya di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok. Kata Dr Hatta Ramli mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok.

"Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok.

"Gerakkan strategi tahap lepas bubar," arah Dr Hatta kepada semua jenteranya.

Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet. Esok 3 April genap empat tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009. Berita Harian hari ini melaporkan di muka depannya Parlimen akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet.

Semua anggota Kabinet dikatakan mendapat arahan untuk memakai sut hitam lengkap untuk sessi bergambar terakhir Kabinet sebelum dibubarkan. Namun begitu, terdapat juga maklumat Parlimen akan dibubarkan selepas Asean Summit di Brunei 24 dan 25 April ini. Ini kerana, Dato' Seri Najib mahu menyertai sidang itu dengan mandat penuh bukan sebagai pemimpin kerajaan sementara. Jika itu berlaku, bermakna pilihan raya hanya akan diadakan di pertengahan atau hujung Mei.


2 comments:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"