Thursday, 4 April 2013

Pembubaran Parlimen 2013 | Pilihanraya Umum 13

Pembubaran Parlimen 2013 | Pilihanraya Umum 13 | KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat dan  Parlimen telahpun dibubarkan semalam selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Menurut laporan Berita Harian hari ini, jangkaan itu berikutan edaran surat dari Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua Ahli Jemaah Menteri mengenakan lounge suit berwarna gelap serta bertali leher merah untuk sesi bergambar pada mesyuarat Kabinet.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat yang terakhir untuk penggal ini.

“Jika Parlimen dibubarkan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mengikut amalan tradisi, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat terakhir Kabinet itu. Setelah mesyuarat, pembubaran Parlimen akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media. Perdana Menteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mesyuarat bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Menurut laporan Berita Harian lagi, beberapa Menteri yang telah dihubungi mengesahkan menerima surat itu. Mereka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Parlimen secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Pembubaran automatik bererti ia akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Setelah pembubaran, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

sumber: Fuh.My

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"