Sahabat Que 'Silent Readers'

Sahabat... YANG DILARANG ITU JUGA DIBUATNYA... | DI LARANG MEMBACA ENTRI ni... SALAM PERSAHABATAN

4/01/2013 12:00:00 am

Sahabat... YANG DILARANG ITU JUGA DIBUATNYA... | DI LARANG MEMBACA ENTRI ni... SALAM PERSAHABATAN | AMARAN !!! membaca artikel ini. Kenapa tajuknya 'dilarang membaca'? Sebab Abe memang tak nak korang baca artikel ni. Abe beri amaran, please jangan baca entri ini.


Korang FAHAM? Abe yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca entri ini...Eh, apasal korang baca lagi. Kan Abe dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan korang. Abe yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan Abe ni. Senang je pun. Abe bukan suruh buat benda haram pun. Abe cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je...
kalau nak tahu kesudahan ENTRI ni (kenapa & mengapa), Klik je TAJUK ENTRI ni ye
Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul Abe. Sanggup korang langgar arahan Abe ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? Abe cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak Abe tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni? Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? Abe ulang. JANGAN BACA.

Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI... MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah tak endahkan amaran dan arahan Abe. Benda terakhir yang Abe boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa korang degil sangat? Abe merayu, BERHENTILAH sekarang...

Hanya nasihat inilah yang Abe boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca artikel ni. JANGANLAH BACA ARTIKEL NI. STOP !!!Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil. Nasib baik korang baca jugak sampai sini.

Sebenarnya ada message disebalik tajuk (Dilarang Membaca Entri Ini ) ". Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah SWT kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang.

Contohnya, macam Zina, Mukadimah ZINA, meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil... Kalau korang perasan, ada lebih daripada sepuluh kali Abe melarang korang membaca artikel ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat.

Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita... Kepada pembaca SETIA Blog Abe ni sekalian... TAHNIAH Abe ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. Abe tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak Abe sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah SWT dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya. Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. Salam Persahabatan dari Abe di www.QueAchmad.com
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

83 comments

  1. saya manusia ori bukan klon itu sbb nk juga baca wpun dilarang hehe.wah dlm byk2 blog sy BW sempena maulidur rasul,inilah salah satu entri yg 'bijak'.SLM MAULIDUR RASUL..

    ReplyDelete
  2. hehe terbaik ... entri yang penuh maksud tersirat

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul juga..hehe..ada mesej besar daalam entry nii..

    ReplyDelete
  4. Ups!! tbaca sudah.whahaha nice entry :DD

    Salam maulidrasul ;)

    ReplyDelete
  5. Tq sb sentiasa support Blog Abe

    ReplyDelete
  6. salam blogger dari " Pengemis Cinta"

    http://eediaziz.blogspot.com/.

    ReplyDelete
  7. disebabkan perasaan ingin tahu tu la rasa nak baca. ni psikologi namanya..

    apa2 pun..terima kasih dengan peringatan tersebut..
    salam maulidur rasul bang.. (walaupun da terlewat) :)

    ReplyDelete
  8. ohh abe..sy tetap membaca jgk sampai habis sebab sy nak tahu kenapa saya dilarang tuk baca artikel ni..hehe.. yup, mmng kadang2 yang ditegah tu lagi orng buat..kalau bnda lain mngkin sy tak buat..ni sebab abe dah susah2 tulis kan, jadi sy kenalah tahu kenapa sy dilarang baca..hehehe

    ReplyDelete

  9. LINK✿lıllı ((|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|)) ıllı♪♫
    ◕ http://crystalfm1985.blogspot.com/
    ◕ http://myradiostream.com/backup
    ◕ http://tunein.com/radio/CRYSTALFM-s184573/
    ◕ http://cast.kajangweb.com:8850/listen.pls
    ◕ http://www.crystalfm.freeshoutcast.com/

    ReplyDelete
  10. Heheheh... degil... ok abe jgn baca komen saya ini yeee.... jangan.... :)

    Facebook ada banyak peluang perniagaan: Peluang Perniagaan di FB

    ReplyDelete
  11. Singgah sini..:)
    walaupun tak bagi bace..abis jugak sampai ketitik noktah saya baca..;)

    ReplyDelete
  12. salam ukhwah abe..
    http://masturasalleh-mylovemylife.blogspot.com/

    sememangnya kita gemar melakukan yang dilarang..
    Syurga dipagari dengan kesusahan, Neraka pula dipagari oleh keseronokan..

    ReplyDelete
  13. baru jah baca..jangan baca..jangan!!! doh abih pon baca

    ReplyDelete
  14. sifat manusia membuak-buak nak tahu, walaupun benda terlarang.. tu lah namanya iman masih mentah :)

    ReplyDelete
  15. yg dilarang tu la seronok... hehehehehe... tapi bila kita cakap camni

    "dilarang solat zohor", kompom ramai yang ikut arahan ni... hahahahah

    ReplyDelete
  16. Salam. Sy dah letak blog Que dlm list sy ;)

    ReplyDelete
  17. Be, Tolong Iklankan Skim Wakaf karpet dan Penghawa Dingin Surau Al-Mukhlisin Presint 18R4 Putrajaya, abe kopy badge dia kat blog saya, kat bawah entri yang terbaru...maklumat lanjut skim tu ada kat blog suraualmukhlisinputrajaya.blogspot.com...terima kasih be...

    ReplyDelete
  18. err..maknanya sy degil la ni sebab scrol juga kat bawah...ehehe..err,Abe sy nak tanya...apa function buat pertukaran bloglist tuh? err..sy blurr lah...mohon tunjuk ajar =)

    ReplyDelete
  19. so..rasanya...sy setuju kot Abe.. =)

    ReplyDelete
  20. insyaAllah saya rasa tak berdosa baca entri ni sebab tu saya klik. :)

    ReplyDelete
  21. JANGAN!!!! Jangan tak baca.....
    Akhirnya, AJ baca jugak...
    Hehhehhehe..
    Degil betul!
    Bagus entri ni Abe...... Mendalam maknanya.... =D

    ReplyDelete
  22. dah selamat bacanya.. hihi.. :P

    ReplyDelete
  23. Perasaan ingin tahu yang mendalam membuatkan manusia degil dan akhirnya degil degil dan degil.Akhirnya mencuba walupun telah dilarang.hurmmm.

    ReplyDelete
  24. Sy pndai mmbca sbb tu sy bc.haha apa la abe ni.

    ReplyDelete
  25. lagi abe larang lagi lah nak terus membaca, tak sangka ada pesanan dan nasihat sebegitu, thanks abe..kerna mengigatkan saya akan kedegilan saya ini..

    ReplyDelete
  26. Menunjukkan aku ni memang suka melanggar arahan..hehehhee

    Salam kenal dan follow
    Ambil kesempatan jom exchange bloglist
    Hanif Idrus Blog-klik sini
    Tolong komen setelah letakkan bloglist…Thanks

    Jika setuju saya akan letakkan blog anda di bloglist saya yang ber PR2
    Hanif blog bloglist

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. hahahha terbukti saya seorg yang sangat degil ngeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  29. Asalamialaikum,Saya dahmasukkan blog tuan dalam blog list saya http://azizulhakim91.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. orang kata jgn baca dia baca jgk.. jgn baca benda yang tidak disuruh baca.. takkan itu pun xboleh nak baca...hehehehe..

    Terima kasih untuk peringatan itu.. mesej yg sebenar yang ingin di sampaikan.. ^__^

    ReplyDelete
  31. salam perkenalan..

    De Selesa Homestay Sungai Petani Kedah

    http://deselesahomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. hahaha...saya pun degil juga ...

    ReplyDelete
  33. terbaca jugak entry nie :)

    ReplyDelete
  34. salam.

    saya pun setuju dengan pengisian entri ni.

    benda yang dilarang itulah, yang orang semakin gila nak buat.

    tu sebab kalau mak-mak diorang suka guna reverse psychology.

    lagi kita taknak anak kita buat sesuatu benda, lagi kita galakkan.

    contoh - kita taknak dia main api, sebab takut terbakar, jadi kita kata, aa main la, main lagi, main la, tak apa.. mak memang suka tengok kamu main api. anak rasa pelik, dan terus tak main.

    cuma bezanya, itu anak kecil.

    ini kalau dah orang besar panjang, nak guna reverse psychology macam mana lagi kan ngahahahahaha.


    eh panjang lak membebel macam buat entri hahaha

    ReplyDelete
  35. Baca sampai habis. Menunjukkan kebanyakan manusia memang suka bersikap melanggar arahan. Eeishh...degil betullah.

    ReplyDelete
  36. saya baca sampai habis,, ye saya degil,, :'(

    ReplyDelete
  37. sahabat yang baik tu bukan mengiakan apa yg sahabat dia buat... tapi menegur akan perbuatan itu dengan memberi sebab dan musabab... terutamanya perbuatan itu perbuatan yg memudaratkan diri... melanggar arahan jika perlu kbai la la la la la ^_^

    ReplyDelete
  38. wah maksud yang mendalam BUT finally dapat mesej yang nak disampaikan. congrats entry yang smart!

    ReplyDelete
  39. Cikgu dah jar untuk membaca..hehe

    ReplyDelete
  40. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete
  41. Salam hormat,
    Sungguh! ayat-ayat yang ditulis tuan memeranjatkan saya, ia sangat berkesan sehingga menyebabkan hamba berhenti sejenak.

    Larangan apakah ini?, dosa apakah yang hamba lakukan jika membacanya?

    Perkara utama yang membimbing hamba ialah al-quran. Macamana hamba hendak mengenali al-quran jika hamba dilarang membacanya. Nasib baik, setelah memberanikan diri kerana merasakan tidak bersalah, hamba dapati tiada satu ayatpun yang diucapkan oleh tuhan dan rasulnya supaya hamba tidak membaca al-quran.

    Inilah pertentangan antara melarang dan ingin mengajak. Jika benar tuan melarang hamba kerana ada dosa apabila membacanya, Hamba juga terpanggil untuk percaya, ada dosa melarang ketika tuan menulisnya. Tetapi ini bukan soal dosa dan pahla, ini soal perasaan yang dipermainkan. Tulisan tuan telah berjaya mempermainkan perasaan hamba untuk patuh kepada larangan yang tidak benar. Kerana larangan sebenar ialah melarang diri tuan sendiri menulis. Tetapi tuan juga terus-menerus menulis ketika tuan melarang kami membaca.

    Apa kaitannya patuh kepada larangan yang benar dan patuh kepada larangan yang palsu. Kerana tuhan hanya menyuruh supaya patuh kepada larangan yang benar tetapi tidak perlu patuh kepada kepalsuan. Adakah layak kita ucapkan perkataan yang bertentangan dengan suruhan tuhan supaya membaca. Bacalah dengan menyebut nama tuhan....

    Permainan perasaan yang tuan cuba lakukan sungguh berkesan kepada hamba, terima kasih diucapkan. Kepada tuhan kami berserah.

    ReplyDelete
  42. Entry yang bernas, kreatif dan tersirat lagi tersurat maksudnya...
    Nive entry!!! I like it :)

    ReplyDelete
  43. pandai abg nie guna psikologi hahaha nice entri dtg follow blog ohsem
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  44. sangat bermanfaat sekali mau membuat ingin tahu aja apa isi bawahnya lagi he..he..

    ReplyDelete
  45. jom follow blog akak pula ye. ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
  46. terima kasih atas tazkirah ni

    ReplyDelete
  47. adeh jenuh membaca entry bro ni.hahaa..saya melarang arahan sebab saya nak tau ape yang sterusnye abang tulis..adakah baik taua tak..ahhaa..aklau perbuatan zina memang saya jauh-jauhkan

    ReplyDelete
  48. Setuju dengan abe... manusia lagi dilarang lagi dia nk try buat...

    ReplyDelete
  49. Nk baca jugak. hehehe :D

    ReplyDelete
  50. Biasa... yg dilarang, yang tu gakla manusia suka... Terima kasih atas tazkirah tu. Tahniah tulisan tuan ada dlm harakah daily. artikel tu saya backlink ke sini ^__^

    ReplyDelete
  51. Assallammualaikum..salam maulidur rasul.

    ReplyDelete
  52. yg disuruh jgn baca tu la org baca sampai habis..

    ReplyDelete
  53. Salam perkenalan..tulah kan, lagi dilarang lagi nak baca nak buat camana sebab saya memang suka membaca..

    ReplyDelete
  54. Adam johor bahru homestay berdekatan dengan Legoland/JPO/UTM/Singapore

    www.johorbahruhomestay.com

    ReplyDelete
  55. terbaik la entry .... nice blog ....

    ReplyDelete
  56. Kawe x baca tapi terus kawe scroll bawah komen.. hehehehe

    ReplyDelete
  57. ok. dah baca sampai habis pun. hehe... yang penting inti pati pengisian itu sampai.

    ReplyDelete
  58. hehe..penuh tersirat ;)

    Jemput join segmen CN ye ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  59. haha abe terbaiklah !!! hihi itulah kita

    ReplyDelete
  60. salam perkenalan...
    biasalah manusia tetap ada perasaan ingin tahu

    ReplyDelete
  61. Alamak dah berkali2 larang masih jgak nak tau apakenda yg abe tulus hehe..tq sudi berkongsi ..

    ReplyDelete
  62. tak baca.terus komen.

    beginilah masyarakat kita...

    ReplyDelete
  63. baca dah... untuk support abe...

    ReplyDelete
  64. reverse physiologic.. mcm kita larang budak2 lah.. makin di larang makin dia nak buat... tp best entry ni... membuatkan org baca smpai habis. kepidap Abe

    ReplyDelete
  65. Jom muhasabah diri.. tq Abe.. :)

    ReplyDelete
  66. Wahhhh.. sudah masuk 2016 ye.

    ReplyDelete
  67. ain datang singgah sini dan follow awak :)
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  68. alamak..terbaca, dan dah terkomen.hehe

    ReplyDelete
  69. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  70. terima kasih , yang dilarang tu la nak baca sangat okay!

    ReplyDelete
  71. hehehe... hurmm.. Abe gak.. Kelakar sunggoh la..

    ReplyDelete
  72. Okey sy tak baca... terus je ke ruangan komen.. xde larangan jangan komen kan!

    ReplyDelete
  73. wah wah wah .. itulah manusia karena rasa ingin taunya .. di suruh jangan malah di teruskan .. hehehe

    ReplyDelete
  74. Singgah baca! Selamat Hari Raya
    Jemput singgah blog :)
    Latest post: Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html

    ReplyDelete
  75. bijak cara abe tarik minat saya membaca.

    ReplyDelete
  76. hahaha unik sangat ...degil kan orang yang suka membaca ni... :)

    ReplyDelete
  77. Done follow blog Que ni. Follow back blog Qiya ye. Ni link blog Qiya www.qiyasaad.com

    ReplyDelete
  78. Itulah fitrah kita sebagai manusia, semakin dilarang, semakin teringin..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad