Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia Online | Pilihanraya Umum 13 PRU13 | Apa yang kami nampak sekarang kesedaran rakyat “mengambil berat” setiap apa yang berlaku di Malaysia sangatlah tinggi ketika ini. Tetapi sayangnya apabila menyentuh pula kesedaran rakyat Malaysia untuk buat semakan daftar pemilih SPR Malaysia masih lagi kurang.
Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir. Bila-bila masa sahaja. Tetapi anda sudah bergelar sebagai pemilih atau masih lagi sebagai pemerhati pada pilihan raya kerana tidak layak membuang undi?
untuk semak, Klik TAJUK ENTRI ni
- mengundi calon daripada parti B kerana kebaikannya ataupun
- jangan sesekali mengundi calon daripada parti A kerana keburukannya
Lakukan Semakan Daftar Pemilih Sekarang : Ini Adalah Hak Anda Yang Termaktub Dalam Perlembagaan Negara. Semuanya kami pulangkan semula kepada anda sebagai seorang warganegara Malaysia yang ada kelayakan untuk mengundi. Kami merasakan pembaca Berita Semasa sudah matang dalam memilih baik dan buruk, yang mana hitam, yang mana putih. Tetapi apa gunanya, jika anda acapkali meluahkan pendapat & bercakap soal politik tetapi hakikatnya anda belum lagi bertindak buat semakan daftar pemilih untuk dizahirkan melalui melalui “undi emas” anda dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
Statistik yang disuarakan sendiri oleh Timbalan pengerusi Suruhanraya Pilihanraya (SPR) Malaysia, Datuk wira Wan Ahmad Wan Omar mengatakan :
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
- Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil peduli semakan daftar pemilih SPR
- Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
- 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
- 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih
- semakan daftar pemilih melalui penolong pendaftar bagi wakil parti politik
- semakan daftar pemilih melalui wakil jabatan
- semakan daftar pemilih melalui wakil pertubuhan
- semakan daftar pemilih melalui wakil universiti
- semakan daftar pemilih melalui pejabat pos di seluruh negara. Berikan sahaja IC anda kepada kakitangan pejabat pos untuk diisikan maklumat untuk anda. Dalam 5 minit segala proses selesai
Kami tidak pernah sama sekali setiap kali menjelangnya pilihanraya, untuk mengatakan anda sepatutnya :
Pokok pangkalnya, anda mahu bertindak atau tidak sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Ada 2 pilihan untuk anda buat semakan daftar pemilih bagi memastikan di aman anda sudah benar-benar layak utnuk mengundi semasa Pilihanraya Umum k2 13 kelak. Antaranya ialah :
Pokok pangkalnya, anda mahu bertindak atau tidak sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Ada 2 pilihan untuk anda buat semakan daftar pemilih bagi memastikan di aman anda sudah benar-benar layak utnuk mengundi semasa Pilihanraya Umum k2 13 kelak. Antaranya ialah :
LINK : Semakan Daftar Pemilih
LINK 2 : Semakan Daftar Pemilih
Cuma kepada SPR, kami merasakan sistem SPR juga patut diperbaiki kerana apa yang kami perhatikan setakat ini, SPR mengambil masa 2 bulan untuk mengemaskinikan nama dalam semakan daftar pemilih.
- SPR akan compile/proses pendaftaran 4 kali setahun (setiap suku tahun)
- Contohnya, jika anda buat semakan daftar pemilih antara bulan Januari – Mac (suku pertama), bulan April barulah nama pemilih tersebut akan masuk dalam senarai “draf” (di mana masa ini semua orang boleh buat bantahan jikalau ada senarai nama yang dicurigai)
- Pada bulan Mei – nama-nama yang dalam “draf” akan diluluskan untuk masuk dalam senarai semakan daftar pemilih secara rasmi
- Untuk suku kedua tempoh daftar pemilih (April-Jun), July – masuk draf, Ogos – masuk secara rasmi
- Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang
Ini diperkuatkan dengan trend rakyat Malaysia yang lebih gemar bertibdak di saat-saat akhir. Apa yang menyebabkan ada dikalangan daripada kalangan rakyat Malaysia masih lagi “liat untuk buat semakan daftar pemilih SPR? Apa sebabnya?
sumber: http://beritasemasa.com/semakan-daftar-pemilih-spr
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"