Sahabat Que 'Silent Readers'

BERBALOIKAH Nilai Ringgit Yang Kamu Bayar Pada PHOTOGRAPHER? | Pernah Tak Kamu Terfikir BERAPAKAH KEUNTUNGAN Seorang Photographer?

5/01/2013 02:57:00 am

BERBALOIKAH Nilai Ringgit Yang Kamu Bayar Pada PHOTOGRAPHER? | Pernah Tak Kamu Terfikir BERAPAKAH KEUNTUNGAN Seorang Photographer? | Pernahkah kita terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil? Berbaloikah dengan apa yang kita bayar terhadap photographer yang kita pilih utk perkahwinan kita? Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. 


Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk anda.. Katakanlah photographer yang anda pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
1. Custom album 8×12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420 Itu belum lagi campur:

1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50 So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM6


Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
Total gadget ialah RM26280…

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari.

Berbaloikah?


Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah? Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer? Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari?

Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya………

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 dan keatas itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”…

Boleh tlg Abe tak? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI & TIFFIN BIRU


sumber: Kedai Kamera E-Poh

You Might Also Like

13 comments

  1. Aku tak kira untung atau rugi. Kerja ambil gambar ni hobi aku. Aku puas bila gambar yang aku ambil cantek dan bernilai yang lain aku tak ambil kira. Aku puas!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kita semua diberi pilihan... inilah harga yang terpaksa dibayar untuk bidang seperti ini...

    ReplyDelete
  3. kerja seni juga ada harganya, bukan setakat terletak kat modal dia jer...

    ReplyDelete
  4. Eh biyor lerr rezqi diorg. Yg ko sakit hati pesal. Ada org ptikai reqi Ko?

    Ek eleh... Manusia tak sama kepakaranya. Apa la ko busuk hati dgn rezqi org lain.

    Berapa ramailah komen yg ko perap. aku yakin tak ada org yg nyokong tulisan ko ni.

    Keluarkan komen gua ni. ada berani????

    ReplyDelete
  5. perghhhh..hebat matematik ni....brbaloi sgt la harga tu...sbb dia snap pic untuk masa akan datang...nak bagi anak cucu tgk..so tak salah kot kalau nak melabur lebih sikit...=)

    ReplyDelete
  6. yepp .. kita diberi pilihan. dan yang pasti , bukan semua benda akan kekal di dunia..

    ReplyDelete
  7. bila kita puas..semuanya menjadi bahagia..

    ReplyDelete
  8. Baru nak termarah ingatkan entri kos phographer mahal..kikikiki.

    Bab jadi photographer yg paling keceh bab edit ni...

    ReplyDelete
  9. En anonymous 30/4/13 tu xbaca habis tulisan dalam entri Abe ni. Dia tahu nak kutuk je kerjanya. Lain kali, kalau nak tegur seseorang penulis @ sesebuah entri, kena baca sampai abis dulu. Jangan main hemtam sembrono je En Anon ooi... Entri Abe ni xd sediitpun kutuk profesion photoghrapher, malah entri ini sekadar HANYA untuk berkongsi. Sekian.

    Utk makluman En Anon jgk, Abe xde pernah perap pun mana2 komen yang ada, semua Abe publishkan.

    ReplyDelete
  10. mudah aje..bg yg mampu upah photographer silakan itu pun ada byk katogeri photographer bermula amatur hinggalah profesional bergantung kpd kemampuan anda..yg mana berkira2 atau baget ciput ambik la photo sendiri dan editlah sendiri..cantik atau x terpaksa berpuas hati..apa pun tiada paksaan..kerjaya photographer bukan satu boleh kita perkecilkan..ianya satu perkara penting dlm urusan hidup..text tanpa foto ibarat lagu tiada melodinya..

    ReplyDelete
  11. Mahal-murah aku tak kisah....sebab aku tak minat potograpi-potographa ni... Kamera kat umah guna. Kamera kat tepon pun jarang guna.

    ReplyDelete
  12. ramai yang salah sangka ngan entry ni...baca lah dulu jangan malas....

    ReplyDelete
  13. tak terfikir pasal ni semua.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad