ABNxcess | Evolusi TV Digital Canggih
6/13/2013 11:59:00 am
ABNxcess | Evolusi TV Digital Canggih | Meskipun akses terhadap maklumat kini hanya di hujung jari dengan
evolusi peralatan elektronik terutama telefon pintar dan tablet, kuasa
TV sebagai medium penyiaran tidak dinafikan masih lagi penting.
Mengambil kira Internet juga satu keutamaan, maka lahirlah siaran TV
digital pertama, Asia Broadcastin Network (M) Sdn Bhd (ABN) yang
dilancarkan, baru-baru ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini, jenama
ABNxcess tidak ketinggalan mendapat sokongan kerajaan dan buktinya,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri hadir melancarkannya.
Dalam
majlis pelancaran bertemakan Era Baru itu, acara yang ditayangkan
secara langsung di TV1 itu turut menampilkan beberapa artis popular
membuat persembahan termasuk Datuk M Nasir, Anuar Zain, Najwa Latif, Soo
Wincci dan One Nation Emcees.
Tidak terkecuali, dua penyanyi veteran iaitu Bob Tutupoli
diterbangkan dari Indonesia manakala Somnur Monir Konal pula diundang
dari Bangladesh.
Dihoskan pengacara popular, Nabil Raja Lawak dan Linda Onn,
selain persembahan artis, acara turut diserikan dengan simfoni tarian
1Malaysia.
Berucap pada acara itu, Pengerusi ABNxcess Media
Group, Laksamana (B) Tan Sri Datuk Setia Mohd Anwar Mohd Noor,
menyifatkan kewujudan TV digital berkenaan pastinya menjadi revolusi
baru buat segenap lapisan masyarakat tempatan berdasarkan cirinya yang
mudah.
“Tanggal 8 Jun 2013 adalah detik paling bersejarah buat
dunia teknologi dan penyiaran negara apabila seluruh rakyat Malaysia
berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi bersama
siaran TV tanpa sempadan pada kadar berpatutan.
“ABNxcess atau
Asian Broadcasting Network Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan video, data
dan suara menggunakan Coaxial Serat Hibrid (HFC) Network atau lebih
dikenali sebagai Rangkaian TV Digital Kabel. Ini bermakna kami hanya
menggunakan satu kabel untuk menyediakan semua perkhidmatan, tanpa
piring satelit di atas bumbung kediaman anda.
“Dengan ini,
pelanggan ABNxcess akan dapat menikmati saluran TV berdefinisi tinggi
yang diidamkan tanpa sebarang gangguan cuaca,” katanya.
Menjadi
yang pertama di negara ini, bagaimanapun keyakinan untuk memperkenalkan
ABNxcess didorong dengan kejayaan serta keberkesanan saluran teknologi
berkenaan di serata dunia.
“Teknologi ini terbukti hebat dari
sudut kualiti dan kepuasan pelanggan di kebanyakan negara luar antaranya
Amerika Syarikat, Kanada, India, China dan Singapura.
“Syarikat
pengendali kabel TV kini muncul sebagai peneraju industri penyiaran di
negara terbabit kerana kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan
berkualiti dengan kadar berpatutan,” jelasnya.
Selain persembahan
artis, acara berkenaan dimulakan dengan karnival pada jam 3 petang dan
menyediakan pelbagai aktiviti termasuklah persembahan Muzik
Extravaganza, pameran saluran TV terbabit, pertandingan, cabutan bertuah
dan banyak lagi.
Konsert pula bermula jam 7.30 malam dengan
persembahan M Nasir mendendangkan Hati Emas dan Mantera Semerah Padi,
Anuar Zain (Ajari Aku & Sedetik Lebih), Najwa Latif (Adamu, Sahabat
& Kosong), Soo Wincci (Listen, I’ll Be Alright & Musim Asmara),
Bob Tutupoli (Widuri) dan One Nation Emcees (Anak Kampung & Raja
Gelek).
Untuk permulaan ABNxcess menyediakan 100 variasi saluran
TV dan radio dengan pakej xcess 50 (fifty) pada harga yang amat
berpatutan iaitu RM29.99 sebulan. Menerusi pakej xcess 50 ini, pelanggan
dapat menikmati 50 saluran dari serata dunia termasuk 10 siaran
berdefinisi tinggi atau HD tanpa caj tambahan.
Sebagai tambahan
ia juga menampilkan lapan saluran TV tempatan seperti rangkaian RTM,
TV3, ntv7, 8TV dan TV9, TV AlHijrah dan TV-i. Saluran antarabangsa yang
pertama kali ditawarkan di Malaysia menerusi ABNxcess antaranya Cinema
World, Colors dan ATV.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"