Isteri Curang Ugut Bunuh Suami Ketika Dicekup | MANUSIA ZAMAN SEKARANG
6/29/2013 02:00:00 pm
Isteri Curang Ugut Bunuh Suami Ketika Dicekup | MANUSIA ZAMAN SEKARANG | Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau
serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik
berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi
kelmarin.
Apa punya isteri la. Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38
tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini
selama 18 tahun lalu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika
suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di
rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.
“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya. – Metro
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"