KEBAIKAN MENGHAPUSKAN DOSA KITA | WAJIB BACA
6/04/2013 02:03:00 pm
KEBAIKAN MENGHAPUSKAN DOSA KITA | WAJIB BACA | Sekadar perkongsian Pagi dari Abe... Dosa In Sya Allah akan dihapuskan dengan TAUBAT NASUHA LillahiTaala... Suka Abe petik kata2 Saudara Abe, MatYie yang berbunyi: Semakin
hari semakin menuju kematian, tapi apakah persediaan kita menghadapi
mati..pertanyaan untuk diri sendiri...dunia semakin tua, umur juga
semakin tua, amalan nth ke mana (ke laut)..
"Wahai
sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah, maka
berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan
pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka
(digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya." (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 140.)
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi
Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang
perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali
bersetubuh dengannya.
Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka
hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar memarahi remaja
itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan
kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!”
Mendengar kata-kata
Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda
itu pergi dari situ. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggilnya
supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada remaja itu ayat
ini:
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”
"Wahai
sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah, maka
berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan
pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka
(digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 140)
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 140)
Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai
Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja,
ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab,
“Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud.
1 comments
satu perkongsian yang bermanfaat. kahwin itu senang, tapi disusahkan oleh orang-orang tertentu..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"