KESAN BURUK Onani Pada Kemaluan | WAJIB BACA!!! | Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki dan perempuan. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.
Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.
Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.
Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.
Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar. Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.
Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit. Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula. Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.
Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri. Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah. Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.
Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit.
sumber: www.kakisembang.com
sumber: www.kakisembang.com
tpi kalau remaja yg sudah haid melakukannya ? Apa kesan sampingan ?
ReplyDeletetak tahu nak katelah tu.
DeleteSya start onani deripda 12 thun lgi...skrg 16,susah nk brhnti la..mcmna ni!!
ReplyDeleteBaca alquran
DeleteKalau kepala zakar berlubang sebab apa eh ???
ReplyDeleteKenapa saya jadi merah n pedih pada lubang zakar lepas terkena sabun.....masalah berlarutan sampai skrg kenapa yee??
ReplyDeletesaya suka onani dan skrg saya sudah tidak datang haid setahun lebih. adakah vagina saya sudah ada masal
ReplyDeleteah hm