Kisah Seorang Budak & Mercedes Benz | KISAH NYATA Yang BENAR
6/27/2013 07:39:00 am
Kisah Seorang Budak & Mercedes Benz | KISAH NYATA Yang BENAR | Kali ini Abe ingin berkongsikan satu artikel yang menarik untuk di
jadikan renungan kita bersama, kisah seorang budak kecil dengan seorang
pemandu kereta Mercedes Benz
Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.
Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan 'gostan' ke tempat di mana bata tersebut dibaling.
Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.
“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan
bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA
kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”
Budak tersebut memohon maaf….
Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.
“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak
berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…
Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.
“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan
terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang
saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.
Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu
merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik
ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk
saya angkat.”
Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh. Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda
itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda
semula. Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang
budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”
Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”
Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata
apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah. Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan
tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan
kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri –
“Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang
terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”
Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa
dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah
terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir. Semoga kisah ini dapat dijadikan renungan bersama kita semua.. insyaAllah
sumber: http://www.nizarazu.com/kisah-seorang-budak-mercedes-benz/
1 comments
tq kisah ini terlalu menyentuh jiwa saya..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"