Krisis SyriaMereka Disembelih, Ditembak Dan Dibakar Beramai-RamaiSubhanallah Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan
pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta
talibarut upahan mereka di "Ertouz Al-Fadhl" apabila ratusan mayat
ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.
Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.
Halaman "Berita Syam" melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.
Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengenai sebuah sekolah "Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib".
RUJUKAN: http://www.fj-p.com/article.php?id=56987& http://bloginfo4uall.blogspot.com/2013/04/krisis-syria-mereka-disembelihditembak.html

betul ke maklumat ni bro..
ReplyDeleteish... kejam betol
ReplyDeleteQA,
ReplyDelete'Subhanallah' tidak sesuai dgunakan dlm N3 ni. Subhanallah diucap bila melihat yg indah/sesuatu yg mengagumkan. Lebih sesuai 'innalillah' bila dapat berita buruk. Waallahualam.
Moga rakyat Syria tabah dlm menempuh ujian ini.
berita sebenar mesti diperolehi, semoga Syria kembali damai.
ReplyDelete