Sunday, 9 June 2013

MAYAT YANG MASIH BERDARAH | Kisah Nyata Yang BENAR


MAYAT YANG MASIH BERDARAH | Kisah Nyata Yang BENAR | SAHABAT RASULULAH SAW. Sahabat yang nama sebenarnya Abu Jabir Abdullah bin Amr bin Huram bin Sa'labah bin Kaab bin Ghanam bin Salamah Al - Ansari ini membuktikan betapa rapatnya hubungannya dengan Rasulullah SAW.
 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Jabir ( anak Abdullah bin Amr ) 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
"Bahawa takala terbunuh sahaja bapaku pada hari Uhud, menangislah ibu saudaraku".

Bersabda Rasulullah SAW, "Mengapa engkau mesti menangis? sedangkan para Melaikat melindunginya dengan sayap-sayap mereka sehingga sahabat mengangkatnya".

Kemuliaan Abdullah juga jelas kerana mayatnya tidak reput. Anaknya Jabir menceritakan hal ini berkata, 

"Mayat bapaku telah di keluarkan orang daripada kuburnya iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah. Aku datang melihatnya dan aku dapati keadaan mayat sama saja dengan keadaan waktu dia aku tinggalkan dahulu, tidak berubah suatu apapun".

Dalam suatu riwayat lain oleh Ibnu Saad dan Abu Naim, Jabir telah berkata,

"Kami telah di kehendaki memberikan pertolongan untuk memindahkan mayat-mayat keluarga kami yang terkorban dalam perang Uhud. Masa itu adalah zaman Muawiyah meminta aliran air.

Kemipun datanglah memberikan pertolongan. Kami keluarkan mayat-mayat dalam keadaan yang lembab, sama seperti keadaan 40 tahun dahulu. Kaki Hamzah telah terkena cangkul lalu memancut darah".

Jenazah para Syuhada itu terpelihara sepanjang zaman yang sekaligus membuktikan taraf kewalian mereka sebagaimana halnya dengan Abdullah bin Amr bin Hurman ini. Kewalian mereka memang tidak dapat di nafikan. 

Mereka berbuat sesuatu hanya kerana Allah semata-semata, bukan mengejar pangkat dan darjat. Apalah ertinya kita berjuang untuk bangsa dan agama, tetapi sebenarnya kita mengejar pangkat dan darjat di mata manusia tanpa memperhitungkan balasan yang lebih utama dari Allah SWT di akhirat kelak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. sokong que..aku juga nak ikhlas kerana Allah. Doakan ku.

    ReplyDelete
  2. sama seperti pejuang di Palestina, mayat mereka masih mengalir darah..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"