Remaja Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru | NAUZUBILLAH
6/29/2013 05:00:00 pm
Remaja Gantung Diri Akibat Dimarahi Guru | NAUZUBILLAH | Seorang
remaja perempuan ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri dalam
bilik tidurnya dipercayai tertekan selepas dimarahi gurunya di Taman
Pertama di sini, kelmarin.
Lebih mengharukan apabila ibu mangsa pula hampir membunuh diri dengan
mengelar tangan kirinya menggunakan pisau kerana terlalu sedih melihat
anak kesayangannya itu tergantung menggunakan selimut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bagaimanapun, ibu mangsa yang enggan dikenali sempat menerima rawatan
di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati keadaannya
semakin stabil.
Dalam kejadian pada jam 6 petang, pelajar tingkatan dua, sebuah
sekolah di sini ditemui ibunya tidak bernyawa setelah mengurung diri
dalam biliknya sebaik pulang dari sekolah.
Salah seorang ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Logan
berkata, remaja itu bertindak demikian kerana sedih dimarahi gurunya di
sekolah dan dikatakan mahu mengadu kepada ayahnya yang bertugas sebagai
polis di balai berhampiran.
“Mereka tidak mempunyai masalah besar dalam keluarga dan dia sangat
rapat dengan abangnya yang berusia 19 tahun. Dia juga tidak memaklumkan
apa-apa masalah kepada kami,” katanya di perkarangan Unit Forensik HRPB
di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias
berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan mendapati kematian
mangsa tiada unsur jenayah.
“Kejadian itu juga tidak membabitkan masalah keluarga namun, kita
masih meneruskan siasatan susulan berhubung kejadian ini,” katanya. –
paapaada.blogspot
2 comments
Entahlah... kadang-kadang nak salahkan cikgu 100% pun x boleh... nak disalahkan murid tu pun x boleh (mungkin cikgu tu marah membabitkan maruah dia we do not know the true story...) tpi sekarang ni nyawa mcm dah x berharga jer..
ReplyDeleteSesuatu perlu dibuat mengenai perkara ini. Proses persekolah sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyeksa budak. Sistem pendidikan yang terlalu bergantung pada penilaian peperiksaan menyebabkan guru-guru, kanak-kanak dan ibu bapa yang terkesan.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"