2 Remaja Lelaki GAY Diberkas | KESUCIAN RAMADAN AL MUBARAK DINODAI | PANTAI SURA (DUNGUN) :
Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki
yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan
dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.
Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang
daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini,
terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam
2.00 petang semalam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah
seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai
terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada
dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam
sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar
IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut
sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk
mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.- sinar harian
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"