Barangan TERPAKAI Untuk Di Dermakan | PRELOVED FOR CHARITY | Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Encik Que, Saya, Azlin dari team Preloved for Charity ingin meminta jasa baik Encik Que untuk menghebahkan tentang projek terbaru dari pihak kami.
Preloved for Charity merupakan suatu projek dimana anda semua boleh mendermakan barang barang kepunyaan anda yang masih elok sama ada baju, kasut, pasu bunga, mainan, dan sebagainya kepada pihak kami dan pihak kami akan menjualkannya semula.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Yang menariknya, pihak kami tidak akan meletakkan sebarang harga malah pembeli yang akan menawarkan harga yang mereka rasa berbaloi untuk barang tersebut dan wang hasil dari jualan tersebut akan didermakan kepada badan badan kebajikan atau mereka yang memerlukan seperti aman palestin, rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua, kanak-kanak hilang, tabung masjid dan sebagainya.
Tetapi minimum harga setiap barang adalah RM10 dan 10% dari harga setiap item akan ditolak untuk kos-kos pemprosesan dan penyeleranggaan.
Kami menjalankan projek ini kerana kita semua memiliki banyak barang-barang terpakai yang masih elok dan sayang untuk dibuang tetapi tidak sesuai untuk didermakan..
Daripada barang-barang tersebut terus tersimpan di dalam stor dan rosak dimakan hari, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu mejualkan semula barang-barang tersebut sambil dapat menderma kepada mereka yang memerlukan.
Buat masa ini,kami tidak memiliki sebarang laman sosial kerana kami ingin mengumpulkan dahulu barang-barang yang ingin didermakan. Apabila segala persiapan telah cukup, kami akan menghebahkan laman sosial yang akan digunakan.
Saya berharap Encik Que dapat menghebahkan tentang perkara ini dan sekiranya Encik Que atau sesiapa sahaja berminat untuk mendermakan sebarang barang yang masih elok, bolehlah menghubungi pihak kami melalui emel di prelovedforcharity@gmail.com..
Jasa baik dari pihak Encik Que saya dahulukan dengan ucapan
Terima Kasih.
Azlin, Team Preloved for Charity
Published with Blogger-droid v2.0.10
macam bminat je :)
ReplyDelete