Di Manakah Asal Yakjuj Makjuj? | Sifat Yakjuj Dan Makjuj
7/01/2013 11:31:00 pmDALAM siri ini penulis sengaja membincangkan berkenaan sifat Yakjuj dan Makjuj secara khusus yang telah disebut daripada siri ini dan selepasnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia. Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.
Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia. Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.
Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan Yakjuj dan Makjuj ini
sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka sering melakukan
kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain. Di kalangan mereka
ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia Tengah dan
berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria dan
Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan
tempat menetapnya para nabi.
Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka masih tetap berada di
sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara mereka, sehinggalah
muncul di kalangan mereka. “Si malapetaka yang bertulang,” Tamujin yang
mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis Khan (bangsa Moggol)
yang bererti Raja Alam.
Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar dari bukit yang tinggi,
jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menundukkan
China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan menawan
Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja
Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut
merupakan kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.
Ketika Gengis Khan mati, pemerintahannya digantikan oleh puteranya
Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah menyerang Rusia pada
732 Hijrah dan memusnahkan Polnia serta menghancurkan negeri Majr.
Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk. Beliau
telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.
Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya digantikan oleh anak
saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua saudaranya, Kaylay dan
berjaya menguasai negeri China manakala Hulaku meneruskan penguasaannya
ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat pemerintahan Khalifah
Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui oleh Musta’sim
Billah.
Pemerintahan Baghdad mulai lemah pada pertengahan abad ke-7 Hijrah.
Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai. Sungai-sungai di Baghdad
dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala buku-buku ilmiah
telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti jambatan
untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan
Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.
Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya menguasai seluruh Asia dan Eropah
Timur, mereka membahagi daerah-daerah taklukan mereka dan mendirikan
empat kerajaan. Keluarga Kaylay menguasai China dan Monggol. Jafaqay,
saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan menguasai
negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia
terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang. Hulaku
merampas negeri Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini
diringkaskan oleh penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu
Maskawayh dan risalah Ikhwan al-Safa.
Tanda kiamat
Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi
perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan
salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar. Oleh itu, marilah
sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari
rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda: Tidak ada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT.
Celakalah
orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka
sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi
mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari
ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW,
adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang
soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan.
Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan
menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya.
Amin.
sumber: www.kakisembang.com
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"