Kisah Benar Dan Menginsafkan | Meninggal Dalam Solat
7/01/2013 07:40:00 am
Kisah Benar Dan Menginsafkan | Meninggal Dalam Solat | Kuala Terengganu : “Saya
mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia
terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54,
yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian,
dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga
di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50
petang.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang
sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada
dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya
masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal
dunia 10 minit selepas itu,” katanya. – Metro
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"