Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR KISAH NYATA | Di Sebuah Restoran Mahal

7/26/2013 11:18:00 pm


KISAH BENAR KISAH NYATA | Di Sebuah Restoran Mahal | Kisah benar ni berlaku di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... Tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.....

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata: "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu... ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
"Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik.. tapi makan sampai licin pinggan.. malu doh kalau aku jadi bf dia.. kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan.. diet katakan.. nak jaga badan....

"Seorang lagi berkata: "eww..tengok tu... sampai menjilat jari dowh.. geli aku... pengotor rupanya awek ni...

"..Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata: Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung. Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu. Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad