KISAH BENAR Yang WAJIB DIBACA | Andai Ini TAKDIRKU
7/24/2013 12:27:00 am
KISAH BENAR Yang WAJIB DIBACA | Andai Ini TAKDIRKU | Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara... Dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA.. muda lagi. Wife dia kena buang sebelah payu dara... Kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....
Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam... Wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room untuk beri laluan kepada wife no.2... Kejam. Memang kejam !!
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu saya tak kisah sangat... Tapi jauh di sudut hati saya, memang terasa kejam sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.
Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur.. Dah kena camtu, saya malas lah nak bertekak...
Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri. Tapi dia tak nak. Dia kata payah dia nak berulang alik. Lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu, memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat.... Wife dia dah kerja sebagai operator kilang. So wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu. Lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..
Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah. Tak tahu lah saya nak cakap. Tapi yang buat saya bengang, ade ke kawan saya tu selalu pujuk saya sampailah sekarang supaya jadi macam dia, cari no.2. Tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.
Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu, bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah, saya jengoklah. Saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...
Kat bawah saya tengok anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid, menangis pungut baju mak dia. Kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi melaung cakap. "kau orang cakap dengan mama kau... Kalau nak papa jaga sampai mampus... Jangan lawan cakap papa..."
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu. So, seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. Saya ingat lagi, saya dengan kawan saya tu sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...
-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.
Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu lepas sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France. Rakan saya sudah berlepas pada malam jumaat lagi.
Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas. Saya kelam kabut ke rumah sebelah untuk bawa arwah ke hospital. Sebelum arwah pergi ke hospital dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan (no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. Wife saya menunggu di rumah.
Nanti ada masa, Abe akan sambung lagi kisah ni, insyaAllah
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 comments
salam..
ReplyDeleteYa Allah..
semoga arwah ddirahmati oleh tuhan dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. sadis cerita ni..xpe anak2nya masih ade.. untuk mendoakan die..InshaAllah..
bagaimana kesudahan cerita ni?
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"