Kisah Yahudi Mengislamkan Jutaan Orang | KISAH NYATA YANG BENAR | Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada
seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah
orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut
terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah
keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7
tahun.
Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana
Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak
keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad
selalu mencuri sekeping coklat.
Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu
keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya
bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa. Jad
ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang
dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim
melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.
Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk
tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar
dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun
menyetujuinya dengan penuh kegirangan.
Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini
menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.
Sudah menjadi kebiasaan jika Jad ada sebarang masalah, dia selalu
datang dan meminta nasihat daripada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai
menceritakan masalahnya, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari
laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruh untuk membukanya
secara rawak. Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua helai
darinya, menutupnya dan kemudian memberi nasihat dan jalan penyelesaian
dari masalah Jad.
Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad
bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan
tinggi. 14 tahun berlalu, kini Jad telah menjadi seorang pemuda gagah dan
berumur 24 tahun, manakala Ibrahim semasa itu berumur 67 tahun.
Ibrahim pun akhirnya meninggal dunia, namun sebelum dia meninggal,
dia telah menyimpan sebuah kotak yang diberikan kepada anak-anaknya di
mana di dalam kotak tersebut dia letakkan sebuah buku yang selalu dia
baca setiap kali Jad meminta nasihat daripadanya. Ibrahim berwasiat agar
anak-anaknya memberikan buku tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang
pemuda Yahudi.
Jad hanya mengetahui kematian Ibrahim ketika anak lelakinya
menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak, Jad pun berasa sangat
terperanjat dan sangat sedih dengan berita tersebut, kerana Ibrahim lah
yang selama ini memberikan jalan penyelesaian dari semua masalahnya dan
Ibrahim lah satu-satunya teman sejati baginya.
Hari-haripun berlalu, Setiap kali dirundung masalah, Jad selalu
teringatkan Ibrahim. Kini dia hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak
yang selalu dia buka, di dalamnya tersimpan sebuah buku yang dulu selalu
dibaca Ibrahim setiap kali dia datang meminta nasihat daripadanya.
Jad mencuba membuka helai-helaian buku itu, akan tetapi kitab itu
berisikan tulisan berbahasa Arab sedangkan dia tidak boleh membacanya.
Kemudian dia berjumpa dengan seorang rakannya yang berkebangsaan Tunisia
dan memintanya untuk membacakannya dua helai dari buku tersebut.
Sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka
helaian buku itu dengan secara rawak semasa dia datang meminta nasihat.
Rakannya orang Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan
makna dari dua helai yang telah dia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang
dibaca oleh temannya itu, mengena seperti yang dialami Jad kala itu.
Kemudian Jad dengan penuh rasa teruja ini bertanya, “Buku apa ini !?”
Dia menjawab : “Ini adalah Al-Qur’an, kitab suci orang Islam!”
Jad seperti tidak percaya, sekaligus merasa takjub,
Jad lalu kembali bertanya: “Bagaimana caranya untuk menjadi orang Islam?”
Temannya menjawab : “Mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat!”
Selepas itu dan tanpa ada rasa ragu, Jad lalu mengucapkan Syahadat, dia pun kini memeluk agama Islam!
Kini Jad sudah menjadi seorang muslim, kemudian dia menukar namanya
menjadi Jadullah Al-Qur’ani sebagai rasa hormat kepada kitab Al-Qur’an
yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh masalah hidupnya selama
ini. Dan sejak semasa itulah dia memutuskan akan menghabiskan sisa
hidupnya untuk mengabdi menyebarkan ajaran Al-Qur’an.
Jadullah mempelajari Al-Qur’an serta memahami isi kandungannya,
kemudian dia berdakwah ke Eropah sehingga berjaya mengislamkan enam ribu
Yahudi dan kristian.
Suatu hari, Jadullah membuka helaian-helaian Al-Qur’an hadiah dari
Ibrahim itu. Tiba-tiba dia menjumpai sebuah helaian bergambarkan peta
dunia. Pada semasa matanya tertuju pada gambar benua afrika, nampak di
atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu
tertuliskan ayat :
((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ…!!))
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…” (Surah An-Nahl; 125)
Diapun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan dia memutuskan untuk melaksanakannya.
Beberapa waktu kemudian Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah
ke negara-negara Afrika dan di antaranya adalah Kenya, Sudan selatan
(yang majoriti penduduknya adalah kristian), Uganda serta negara-negara
yang laina. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6,000,000 (enam
juta) orang dari suku kaum Zulu, ini baru satu suku, belum lagi dengan
suku-suku lainnya.
Jadullah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika berumur 45 tahun kerana
sakit semasa berdakwah, selepas 30 tahun berdakwah di benua Afrika.
Begitulah sejarah tentang Jadullah Al-Qur’ani, kisah ini merupakan
kisah benar yang penulis dapatkan dan kemudian penulis terjemahkan dari
catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelar “Syaikh Kaum
Revolusioner Mesir”. Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota
Lembaga Fatwa Mesir yang mati syahid ditembak di dalam sebuah insiden di
Mesir pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 silam.
Kisah benar ini, isuhangat terbitkan adalah untuk kita renungi bersama
di zaman penuh fitnah seperti ini. Semasa ramai orang yang sudah tidak
mengindahkan lagi cara dakwah Qur’ani. Mudah mengkafirkan, fasih
mencaci, menuduh orang lain sesat, mebenarkan bidaah, melaknat,
memfitnah, padahal kita adalah sesama Islam.
Marilah kita pertahankan akidah Islam yang telah kita peluk ini, dan
sebolehnya janganlah kita mempertikaikan keIslaman orang lain. Saling
mengingati adalah baik, saling melindungi akidah sesama muslim adalah
baik. Marilah kita sentiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang
baik-baik saja.
Wallahualam Bis-Shawab.
Penulis: Mustamid, seorang mahasiswa Program Licence Universiti Al-Azhar Mesir.
sumber: http://www.blogammar.com/kisah-yahudi-mengislamkan-jutaan-orang/ & http://www.isuhangat.net/
Baru terbaca tentang cerita ni. Wow! Sangat hebat!
ReplyDelete