Monday, 8 July 2013

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik | FIRMAN ALLAH SWT

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik | FIRMAN ALLAH SWT | Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz juga tercatat namaku untukmu di sana. Siapa kamu tiada siapa di antara kita yang tahu. Terharu dengan petikan di atas membuatkan saya up entri kali ini sebagai tanda sayang buat bakal penyeri hidup.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Mungkin aku tidak sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa dan sehingga hari ini, masih tertanya – tanya siapakah dirimu  yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti?

Siapakah dirimu? Yang mana satukah dirimu? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku? Adakah kau belum hadir dalam hidupku? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku? Hanya Allah yang tahu. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu.

Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Mungkin terjawab persoalan rakan di facebook tadi ”lelaki yang baik x semestinya untuk wanita yang baik dan juga sebaliknya”.

P/s: Saya terpaksa pejamkan mata seketika untuk merasai dugaan ini. Yang terbaik adalah mencari titik persamaan dalam mendapat satu kata putus untuk meneruskan dalam satu ikatan yang sah. Fikirlah dengan akal fikiran dan bukannya dengan hati. Semoga segala keputusan yang dilakukan tidak ada penyesalan di kemudian hari. Buatlah pilihan yang bijak agar kebahagiaan menjadi milik kita.

3 comments:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"