LIMA ZAMAN (5) Pemerintahan | SEBELUM KIAMAT
7/29/2013 02:03:00 pm
LIMA ZAMAN (5) Pemerintahan | SEBELUM KIAMAT | RAKYAT MALAYSIA ISLAM WAJIB BACA dan SHARE. Kini ulamak bersetuju kita berada di ZAMAN KE-4. Zaman ke 4, zaman diktator dan pemerintah zalim. TIDAK BERLANDAS ISLAM
SEPENUHNYA, Allah berjanji akan mengangkat zaman ini. InsyaAllah Islam
akan kembali bangkit
Umat Islam sejak dari masa hayatnya baginda SAW lagi hinggalah ke hari kiamat, akan melalui LIMA ZAMAN (5) pemerintahan. Walaupun istilahnya ada sedikit berbeza, maksudnya sama saja dan urutan zamannya juga sama.
Kelima-lima zaman yang dimaksudkan itu berserta uraian ringkas bagi
setiap zaman itu adalah:
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
1. Zaman Kenabian, yaitu zaman umat
Islam diperintah oleh pembawa ajaran Islam itu sendiri, Nabi Muhammad
SAW. Itulah zaman kemuncak bagi segala zaman pemerintahan,zaman contoh,
zaman terbaik di antara segala zaman, sejak dari Nabi Adam AS hinggalah
ke hari ini. Zaman ini telahpun berlaku dan telah juga berlalu, yaitu
dengan wafatnya baginda SAW pada tahun 10 Hijrah. Dalam hadits kedua,
zaman ini disebutkan sebagai selepasku saja, yaitu ringkasan daripada
Zaman Kenabian.
2. Zaman Kekhalifahan, yaitu pemerintahan yang
berjalan berdasarkan Zaman Kenabian.Pemerintahannya adalah berpandukan
benar-benar kepada wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Zaman ini
dipanggil Zaman Khulafa ur-Rasyidin, khalifah yang mendapat petunjuk.
Mereka adalah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar bin Al-Khattab RA,
Osman bin Affan RA dan Ali bin Abi Talib KMW. Sebahagian ulama turut
memasukkan zaman pemerintahan Sayidina al-Hasan bin Ali RA yang singkat
itu (6 bulan) ke dalam Khulafa ur-Rasyidin. Itulah dia 30 tahun yang
dimaksudkan oleh baginda SAW dalam haditsnya yang berbunyi (terjemahan)
kira-kira:
“Kekhalifahan akan berlaku ke atas umatku selama 30
tahun. Selepas itu, berlaku pula zaman amir-amir.” Hadits ini
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tarmizi dan lain-lain. Hadits yang
kedua juga menyebutkan Zaman Kekhalifahan. Zaman ini telah berlaku menurut catatan sejarah dan telah juga berlalu daripada kita.
3. Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah), yaitu zaman yang bermula
sejak turunnya Sayidina Hasan bin Ali RA sehinggalah berakhir pada
tahun 1924M. Ini termasuklah zaman Umaiyah, Abbasiah, Mameluk,
Fatimiyah, Moghul, Seljuk, Ayubiah, sehinggalah ke saat jatuhnya
kerajaan Osmaniah, Turki pada tahun 1924. Zaman ini termasuklah semua
wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam, yang memakai
bermacam-macam gelaran itu separti Amir, Khalifah, Sultan, Raja dan
sebagainya. Namun terdapat beberapa orang pemerintah yang patut
dikecualikan, karena adil pemerintahan mereka. Antaranya yang lazim kita
kenal ialah Umar bin Abdul Aziz, Abdullah bin az-Zubair, Muhammad
al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi. Dalam hadits yang kedua, zaman
pemerintahan ini lebih diperincikan sehingga dibahagi kepada dua, disebutkan sebagai Zaman Amir-amir dan Zaman Raja-raja. Maknanya, Zaman Amir-amir itu berlaku lebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh Zaman Raja-raja, untuk menunjukkan lebih-lebih lagi zalimnya daripada zaman sebelumnya. Zaman ini juga telah berlaku dan kini hanya menjadi bahan sejarah bagi pengkaji sejarah, dan juga telah berlalu daripada kita, separti urutan yang ditetapkan.
pemerintahan ini lebih diperincikan sehingga dibahagi kepada dua, disebutkan sebagai Zaman Amir-amir dan Zaman Raja-raja. Maknanya, Zaman Amir-amir itu berlaku lebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh Zaman Raja-raja, untuk menunjukkan lebih-lebih lagi zalimnya daripada zaman sebelumnya. Zaman ini juga telah berlaku dan kini hanya menjadi bahan sejarah bagi pengkaji sejarah, dan juga telah berlalu daripada kita, separti urutan yang ditetapkan.
4. Zaman Diktator, yaitu zaman
pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan
berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan,
raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang
digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem
diktator, separti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadits di
atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi
separti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah
yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial
(beraja), berorientasikan parti-parti politik (Perdana Menteri),
pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak
berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat separti apa yang kita
alami hari ini.Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah
akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi. Berdoalah banyak-banyak agar
zaman ini segera Dia angkatkan daripada kita.
5. Zaman
Kekhalifahan, yang pemerintahannya sama dengan pemerintahan zaman
Khulafa ur-Rasyidin dan Zaman Kenabian. Zaman ini belum lagi berlaku,
dan insya-Allah akan berlaku, karena telah disebut dan dijanjikan oleh
Nabi Muhammad SAW, Sodiqul Masduq.Untuk menghadapi zaman ini, kita umat
Islam perlulah bersedia dan bersungguh-sungguh menghadapi
kedatangannya, yang tidak perlu diragui lagi itu. Antara caranya ialah
dengan mengamalkan sungguh-sungguh cara hidup Islam dalam seluruh aspek
kehidupan kita, dan menurut jejak para Salafus Soleh. Untuk membina
kejayaan separti zaman dahulu, kita mestilah mengikut apa yang umat
zaman dahulu (Zaman Rasulullah SAW) lakukan – peningkatan dalaman. Para
pengamal ajaran Islam akan menjadi ghurabak (orang asing), seperti yang
berlaku kepada generasi awal Islam dahulu. Melalui para ghurabak inilah
Allah turunkan pertolongan-Nya sehingga naik Imam Mahdi memerintah
seluruh umat Islam di seluruh dunia. Penurunan seorang
khalifah oleh Allah SWT kepada umat Islam merupakan satu nikmat yang
amat besar, separti firman-Nya yang terjemahannya kira-kira begini,
“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku,
ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi dari
kalangan kamu dan dijadikan-Nya kamu raja-raja.” (Al-Maidah : 20)
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"