Sahabat Que 'Silent Readers'

Matinya Kita Umat Muhammad SAW Dalam Keadaan HINA | WAJIB BACA !!!

7/28/2013 04:00:00 pm

Matinya Kita Umat Muhammad SAW Dalam Keadaan HINA | WAJIB BACA !!! | Semua kehidupan dan makhluk yang mempunyai darah akan membusuk dan dimakan ulat termasuklah manusia.


Umat Muhammad adalah ummat yang paling bertuah kerana memiliki Al-Quran sebagai pendinding dan pembimbing kearah kesempurnaan hukum duniawi dan akhirat. Namun tidak ramai diantara ummat yang dipilih Allah ini untuk memanfaatkan isi Al-Quran yang diturunkan oleh Raja segala alam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Dikisahkan dari beberapa sejarah, ramai dikalangan mereka yang MENGHAFAL AL-QURAN tidak tega dimakan oleh ulat di dalam liang lahad. Dan jasadnya masih kukuh dan seperti baru disemadikan. Allahurobbi.. Dan memang pernah berlaku di Malaysia terdapat jenazah sebegitu.

"Setidaknya, bacalah Al-Quran walaupun tidak mampu menghafal sepenuhnya"

Dari kisah lain yang dikutip, perkara ini diceritakan bukan untuk mengaibkan si mati. Tetapi untuk memberi pengajaran dan muhasabah kepada Ummat Islam yang lain. Peristiwa ini berlaku di Jordan. Seorang remaja yang telah mati ditanam di perkuburan Islam di sana, telah digali semula kuburnya di atas permintaan keluarga si mati kerana sahabat si mati telah menceritakan bahawa jenazah itu sudah murtad. Baru ditanam 3 jam, keadaan mayat berubah mendadak. Rambut menjadi putih, mukanya kemek seperti di hempap sesuatu yang besar dan seluruh tubuh badannya lebam biru kehitaman. Kejadian itu berlaku hanya selama 3 jam di dalam liang. Baru 3 jam sudah teruk dibadai malaikat.

Malaysia, satu kisah yang di ceritakan oleh orang kampung bahawa Nora (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang sangat jelita, memiliki segalanya sempurna, wajah dah tubuhnya menggoda. Namun, Nora tidak pernah sujud pada Allah dan menafikan segalanya isi Al-Quran adalah dusta. Nora meninggal dirumah kekasihnya. Kebetulan kekasihnya ada urusan kerja diluar dan terpaksa meninggalkan Nora selama 2 hari saja. Jasad Nora berubah seperti sudah mati selama beberapa minggu. Kulitnya yang jelita berubah menjadi hitam, berkedut dan tersiat-siat seperti dilapah serta dimakan ulat. Dagingnya dimakan hampir 50% sehingga ada bahagian yang sudah ternampak tulang dan isi perut yang membusuk.

Adakah kita terfikir perkara sebegini setiap hari dan setiap sedutan nafas kita bahawa di atas bumi siapakah kita berpijak? Manusia sentiasa lupa tentang kematian. Begitulah pentingnya ummat yang sentiasa berpesan-pesan tentang kematian kepada saudara dan sahabatnya. Dan beruntunglah kita kerana di zaman ini terlalu banyak kemudahan untuk menimba ilmu agama, namun masih terlalu ramai yang lalai mengejar duniawi.

Apabila bercakap tentang amalan apakah yang akan dibawa ke kubur nanti, kita tidak pernah serius menjawab. Kerana kita tiada PENGHAYATAN tentang KEMATIAN. Manusia adalah sinonim dengan kejahilan iaitu bodoh sombong. Kerana sifat manusia adalah, DATANGNYA PENYESALAN ITU APABILA SESUDAH BERLAKU.. Pesan hamba kepada diri dan sahabat, Ummat yang disayangi Allah adalah ummat yang sentiasa ingat akan KEMATIAN. Kerana ingat KEMATIAN itulah membawa seseorang itu BERTAQWA kepada Allah.

Aktiviti seharian, paling tidak (bagi yang terlalu sibuk):

1) Berzikir, selawat paling kurang 10 kali sehari.
2) Mengaji paling kurang 1 ayat sehari.
3) Solat paling kurang 5 waktu sehari tidak termasuk solat-solat sunat.
4) WAJIB-kan diri untuk solat sunat taubat 2 rakaat sebelum tidur.
5) Ingat mati paling tidak 1 kali sehari (Tapi ingat.. Sang Izrail mempunyai 70 kali peluang untuk mencabut nyawa kita setiap hari)

Antara kata-kata kaunseling yang dapat kita berguru adalah:

"Bekerjalah kamu ibarat kamu hidup selamu 1000 tahun lagi, dan BERIBADATLAH kamu ibarat kamu mati ESOK hari"

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad