MESIR TERKINI | AL-FATIHAH... SEMOGA ROHNYA TENANG DI SANA
7/30/2013 04:04:00 pm
MESIR TERKINI | AL-FATIHAH... SEMOGA ROHNYA TENANG DI SANA | Mohammed Khaleed Ahmed, berusia 26 tahun berasal dari Port Fuad, dalam wilayah Port Sa'id.
Beliau seorang pekerja sebuah kedai menjual minyak wangi bernama "Kedai Minyak Wangi Mukmin". Beliau terbunuh selepas kedai tersebut diserang oleh kumpulan militia samseng bersenjata di bawah kawalan polis di bandar tersebut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Kedai tersebut dibakar hangus dan mayat Mohammed turut rentung terbakar. Kedai tersebut menjadi sasaran semata-mata dinamakan "Mukmin",pemilik kedai dan pekerjanya amat kuat berpegang dengan Islam.
Beliau yang telah berkahwin dan baru dikurniakan cahaya mata perempuan berusia 45 hari, bukan anggota Ikhwan Muslimin atau terlibat mana-mana parti politik kecuali beliau hanya berjanggut.
Beliau dibakar dalam keadaan sedang berpuasa..solat jenazah beliau akan disempurnakan hari ini di Masjid Al-Kabir, di bandar Port Fuad. Kini, siapa sebenarnya "pengganas" wahai dunia?
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"