Sunday, 7 July 2013

MESIR TERKINI | Apa Yang Berlaku Ni?


MESIR TERKINI | Apa Yang Berlaku Ni? | Abe hanya kemaskini daripada sumber Facebook je. 


1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain.

Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz.

Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir.

4) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”

5) Menteri Belia Mesir, Dr.Usamah Yasin menyertai rakyat di dataran Raba’ah bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi.

6) Ikhwanonline: Sehingga kini, berikut jumlah mereka yang terbunuh selepas ditembak oleh askar dan polis Mesir bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi selepas rampasan kuasa beberapa jam yang lalu:

-Iskandariah: 10 orang terbunuh, 200 orang cedera di dataran Sidi Bisyr selepas dikepung selama 3 jam oleh askar.

-Asyut: 2 terbunuh dan lebih 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram

-Aswan: Kematian yang tidak dapat dipastikan manakala mencederakan lebih 100 orang berhampiran Masjid An-Nasr. Kumpulan samseng/perusuh juga mengepung masjid tersebut dan lebih 50 orang warga tempatan terperangkap.

-Matruh: 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.[semoga Allah balas mereka dgn syahid]

Mereka yang sedang bergembira:

-Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran ,Mubarak dan golongan sekular..

Bagaimanakah nasib umat Islam di seluruh dunia selepas ini khasnya di Syria ?. Terbelakah mereka selepas ini? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai “tetamu” bukan pelarian?...

SUMBER :

Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. Blog yang banyak mengandungi ilmu -ilmu yang berguna.Salam ....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"