Sahabat Que 'Silent Readers'

PAHALA JIHAD | Berbakti Kepada Ibu Bapa

7/03/2013 11:30:00 am

PAHALA JIHAD | Berbakti Kepada Ibu Bapa | Abe ambik sumber entri ni daripada Media Siber. Berbakti Kepada Ibu Bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Katanya dipetik daripada FB ustaz Don yang memberitahu tentang tajuk berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad yang dipetik dari hadis riwayat al-bukhari dan muslim.


Jadi kepada kawan-kawan sekalian apa kata kita berbakti dulu kepada kedua ibu bapa semasa kedua ibubapa kita masih bernyawa, bila dibaca didada akhbar baik media cetak mahupun media elektronik banyak berlaku kes-kes ibu dan ayah dibuang, dihantar ke rumah orang-orang tua bahkan ada yang sanggup mendera, selepas dapat semua harta dari ayah/ibu, terus dibuang ditepi jalan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ini bukan cerita atau cerekarama TV3 tetapi inilah yang berlaku dalam masyarakat seharian,moga kita semua tidak lupa asal usul dan hargai pengorbanan ayah dan ibu membesar dan menjaga kita dari kecil hingga sekarang.

Kepada anda yang berada jauh diperantauan,jika tidak dapat balik ke kampung sekurang-kurangnya telefon dan bertanya khabar.jauh saya merepek dari tajuk diatas tetapi rasanya perlu untuk kita ingat-mengingati sesama kita. Sebelum menutup artikel kali ini,saya berikan satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda.
Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad