PANAS: ISU SEKOLAH TIDAK BERTAMADUN | BENARKAH Murid BUKAN ISLAM DIARAH Makan SERTA Berehat Di Dalam Bilik Mandi Dan Persalinan Pada BULAN RAMADAN?
7/23/2013 04:09:00 pm
PANAS: ISU SEKOLAH TIDAK BERTAMADUN | BENARKAH Murid BUKAN ISLAM DIARAH Makan SERTA Berehat Di Dalam Bilik Mandi Dan Persalinan Pada BULAN RAMADAN? | Macam2 hal berlaku semenjak dua menjak ni dalam bulan Puasa yang mulia ni. Yang terbaru ni, Abe terkejut jugaklah dengan Isu ni. Pada Abe, isu ni memang SENSITIF. Jadi Abe tertanya-tanya sengsorang dlm kepala Abe, tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?
Sekolah mana? Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa pelajar
yang terlibat, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sri Pristana
dan berdasarkan komen, TM yakin sekolah ini letaknya berhampiran dengan
Saujana Utama Sg Buloh.
Persoalannya, mengapa murid bukan Islam diperlakukan begitu? Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit, Guneswari Kelly (klik link untuk baca rungutan dan lihat gambar),
bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya
bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau. Malah
lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita
mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya.
Tambah Guneswari Kelly,
pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam
makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan
tersebut. Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan
kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam?
Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal
kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak
bertamadun. Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama
membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.
Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas
terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam,
kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi
masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. -DCM
P/s: Tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?
3 comments
It's a case of functional idiocy, the result of a Govt & system gone implosive!
ReplyDeleteKalau benar2 kejadian, pentadbir sekolah mmg sudah hilang akal.
ReplyDeleteSamada pentadbir sekolah cuba memperlekeh ibadah puasa umat islam itu sendiri atau dia memang singkat akal. Umat islam yang sudah berniat puasa dan tebal imannya tak akan mudah tergugat melihat orang lain makan di depan mata. Kami berpuasa dan kami berpuasa.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"