Wednesday, 10 July 2013

Pandu Uji The ALL NEW HONDA CIVIC | Pilihan Hati Que

Pandu Uji The ALL NEW HONDA | Pilihan Hati Que | Ramai yang pernah tanya Abe, "OK tak kalau beli kereta Hybrid ni? Jimat minyak tak?". Itulah soalan yang kerap ditanya pada Abe tentang kereta ‘dua alam’ apabila ia dijanakan enjin petrol dan motor elektrik ni.

Baru-baru ini Abe berkesempatan menguji pandu kereta Honda Civic HYBRID 1.5L sempena dengan Blogger Drive pada 29 Jun 2012 di Publika - Desa Park City - Publika. Jutaan terima kasih kepada Honda Malaysia kerana sudi menyediakan kepada Team 6 (Team Abe) sebuah Honda Civic HYBRID 1.5L untuk dipandu uji pada sesi ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
kesemua BLOGGER-BLOGGER OTAI peserta pandu uji (aik, Abe ni Otai jugak ke?)

Ni sikit Abe nak cerita berkaitan Honda Civic ni. Rangkaian Honda Civic ini merupakan generasi kesembilan bagi model flagship Honda ini yang mula dikeluarkan sejak tahun 1972. Sejak Honda Civic mula dikeluarkan, ia tidak pernah mengecewakan pemiliknya dari segi kuasa pecutan, penggunaan bahan api, pelepasan asap serta ciri-ciri yang diterapkannya.
Team 6 (VernonChan.com, QueAchmad.con & PenMerah.com)

Kalau korang nak tahu, Abe jugak ada memiliki kereta Civic generasi kedua yang masih lagi Abe gunakan sehingga kini. Disebabkan oleh prestasi & 'performance'nya yang baik, sehingga sekarang ni masih lagi Abe taknak jual walaupun ramai yang minat nak beli daripada Abe. Lapan generasi berlalu dan kini Civic membawakan pelbagai pembaharuan yang tentunya menjadikan pengalaman memiliki Civic sebagai amat berbaloi.
 
 muka teruja nak pandu uji hari ni, hehehehe

Hasil daripada pertanyaan Abe pada En. Google (heheheh), Civic generasi kesembilan ini mula dikeluarkan penghujung tahun lalu di Amerika Syarikat sebelum ia turut dikeluarkan di seluruh dunia. Seperti generasi kelapan, Honda mengambil pendekatan dua pelantar yang berbeza bagi model Eropah dan model Amerika dan Asia. Di Malaysia, Civic generasi kesembilan ini mula dilancarkan pada 12 Julai 2012. Tiga pilihan enjin serta empat varian diperkenalkan, iaitu 1.8S, 2.0S, 2.0 Navi, serta 1.5 Hybrid.

cantik kan? mengancam jiwa & raga...peweeeeeeeet!!!

Reka bentuk Civic generasi kesembilan ini adalah 100% sama seperti model Amerika. Ia berbeza dengan generasi kelapan di mana lampu-lampu bagi Civic Asia direka oleh Acura Kanada, manakala model Amerika menggunakan rekaan lampu berasingan. Bagi generasi kesembilan pula, satu-satunya perbezaan antara Civic Asia dengan Civic AS ialah kedudukan lampu isyarat membelok hadapan - pada Civic AS, lampu isyarat membelok terletak di bahagian penjuru serta berlensa jingga pejal, manakala lampu isyarat membelok pada model Asia pula terletak bersebelahan gril radiator; lampu di bahagian penjuru pula ialah lampu posisi hadapan.

ruangan bonet yang sememangnya luas... siap boleh muat Abe dalam tu, heheheh

Untuk varian HYBRID yang Abe pandu uji ini, ia menggunakan enjin IMA (Integrated Motor Assist) yang mana ianya telah dipertingkatkan dalam pelbagai bidang. Paling penting ialah penukaran kepada bateri jenis lithium-ion yang memiliki prestasi lebih tinggi berbanding bateri jenis besi-nikel hydrida. Bateri jenis lithium-ion adalah lebih tumpat, boleh menyimpan lebih banyak elektrik dan menawarkan Civic Hybrid, 33 peratus kuasa enjin. Aspek lebih menarik bateri ini ialah beratnya embilan kilogram lebih ringan, dan jimat kos, selain aerodinamik.

Berdasarkan pandu uji, prestasi varian hibrid terbaru Civic ini, dirasai lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Daya pecutan nyata lebih bagus walaupun tidak dapat dipastikan motor elektriknya benar-benar lebih berkuasa tetapi yang nyata, ia lebih responsif.

ruangan dalaman yang sangat kemas & mewah

Satu ciri pada varian ini ialah mode ECON iaitu butang hijau di sudut kanan papan pemuka. Ia bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api, sekali gus bagaikan 'merencatkan' kelajuan. Apabila mod ini dimatikan, terasa daya pecutan kereta ini kembali membuak tetapi tidaklah sama seperti kuasa turbo.

Bagi membantu pemilik mencatat penjimatan bahan api terbaik, Honda menyediakan ciri markah dipanggil ECO Score yang memberi ganjaran 'dedaun ECO' jika gaya pemanduan anda menepati kehendak penjimatan minyak. Dedaun tersebut terdapat pada paparan di papan pemuka. Kaedah ini bertujuan melatih pemilik supaya berusaha meraih seberapa banyak daun tersebut, seterusnya mendidik mereka supaya memandu secara lebih berhemah dan jimat bahan api.

Sebagai petunjuk bagi mendapatkan penjimatan bahan api, terdapat nyalaan warna pada speedometer. Jika ia berwarna biru, bermakna anda sedang memecut dan memang tidak ekonomi. Bila ia berwarna biru-hijau, kecekapan bahan api adalah sederhana. Warna hijau bermaksud anda memandu dalam keadaan penjimatan dan situasinya adalah seperti memacu biasa di lebuh raya dengan tekanan lembut pada pedal. Bagaimanapun, bila melebihi 90 km/j, kadar penjimatan minyak akan berkurangan, semestinya.

Dalam ECO Score itu juga, terdapat satu lagi paparan grafik menunjukkan aliran tenaga yang boleh membantu pemandu mengetahui bila kereta itu bergerak menggunakan kuasa bateri.

Kita berbalik semula kepada sesi pandu uji Honda Civic di Malaysia. Memandangkan sesi pandu uji ini diadakan sempena Blogger Drive, maka laluan yang digunakan bagi sesi ini pada Abe walaupun pendek tapi laluannya amat mencabar, iaitu sepanjang PUBLIKA - RAWANG - DESA PARK CITY - PUBLIKA. Model yang Team Abe gunakan ialah HONDA CIVIC HYBRID 1.5L dengan sistem navigasi terbina dalam, model pertama seumpamanya keluaran Honda Malaysia. Ia turut dilengkapi sistem butang penghidup tekan tanpa menggunakan anak kunci. Sebaliknya, fob penggera tersebut perlu dibawa bersama oleh pemandu. Enjin akan dimatikan secara automatik apabila fob penggera dibawa keluar daripada kereta. Untuk menghidupkan kereta, hanya perlu pijak injak brek dan tekan butang penghidup. Untuk mematikan enjin, hanya tekan butang penghidup sekali lagi.

VideoLog Team 6

Ujian  yang pertama ialah :

1 . Menguji tahap kecekapan brek (ABS or Anti-Lock Braking System)

- kami akan disuruh bawa laju-laju ketahap kelajuan maksimum lepas itu dia akan suruh brek..!!!! bila mana kita brek emergency disitu kita akan rasa apa bestnya ada ABS ini....fungsi ABS ini ialah bila kita brek dia tak akan terus stop tiba-tiba..kalau kereta kita stop tiba-tiba itu yang boleh jadi kereka brek terseret..!! kalau ada ABS ini dia akan stop..tapi kereta masih bergerak lepas itu dia lock tayar kereta kita.., so dengar la bunyi crittt...critttt haa gitu bunyi break dia..., nak terangkan pun susah..hahaha

2.  Menguji kepentingan VSA (Vehicle Stability Assistance)

- Fungsi VSA ini ialah dia tidak akan membuatkan kereka kita membuang bila kita tarik handbrek.,semua ini adalah kerja elektronik..dia ada sensor yang boleh kesan tahap kestabilan kereta kita.., VSA ini dia berfungsi sekali dengan ABS.. bila Fungsi VSA ini hidup..roda kereta kita akan bergerak 1 sahaja berbanding 4..ini semua jangan risau kerja sensor..dan sistem ini ada di Honda Civic..so memang POWER..!!

-Tambahan pula, VSA juga berfungsi dengan Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS). Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan membantu membetulkan keadaan dalam bentuk kaunter mengemudi semasa oversteer. Semasa understeer, ia menghalang stereng dari lebih-memotong (reducing the turn)

3. Menguji masa terpantas pemanduan

- Part ini paling best sebab kita boleh menguji tahap kesemua sistem yang ada dalam Honda Civic seperti yang kami cuba pada awal tadi.. dan lagi best pemanduan kami melalui kon kon yang disusun ala track F1..hahahah so jangan langgar kon ok.., siapa langgar paling banyak kon dia loser..!!!!!!!!!!!!!!

- apa yang best siapa paling pantas masanya akan membawa pulang hadiah wo..!!!!!!!!!

- See more at: http://azfar9897.blogspot.com/#sthash.HXEkva4M.dpuf

Satu inovasi baharu yang diterapkan dalam Civic ini ialah penggunaan butang Econ yang sebelum ini hanya terhad kepada model-model hibrid Honda, bermula dengan Honda Insight model tahun 2009. Apabila butang Econ dihidupkan, satu pemetaan sistem penyalaan dan pancitan bahan api yang berbeza akan dimuatkan, yang memfokuskan kepada penjimatan bahan api serta emisi yang lebih rendah berbanding mod biasa. Dengan kata lain, mod Econ akan mengorbankan sedikit prestasi enjin untuk lebih penjimatan bahan api serta pelepasan asap yang lebih bersih.

Honda Civic Hybrid pula mempunyai tambahan sistem pemarkahan bagi tabiat pemanduan yang lebih jimat minyak, yang diceduk dari Insight. Selain mod Econ, meter laju digital Civic ini turut mempunyai lampu latar yang akan berubah warnanya mengikut tabiat pemanduan, satu lagi inovasi yang mula-mula diterapkan oleh Insight. Warna lampu latar akan bertukar ke hijau jika tabiat pemanduan menjimatkan minyak, biru kehijauan apabila tabiat pemanduan kurang menjimatkan sedikit, dan biru tua apabila tabiat pemanduan agresif dan tidak menjimatkan minyak.

FUTURISTIK & Bergaya

Satu gajet paling menarik dalam Honda Civic ini ialah komputer perjalanan (trip computer) dengan paparan LCD yang boleh dikawal menggunakan butang-butang kawalan di bahagian kiri stereng. Selain berfungsi sebagai odometer dan tripmeter, ia turut membolehkan pemandu mengawal radio kereta seperti memilih stesen radio ataupun memainkan lagu-lagu MP3 daripada pemacu kilat USB. Kerusi pemandu juga boleh dilaras menggunakan alat kawalan elektrik.

Dari segi pemanduan, Abe dapati pengendaliannya lebih baik daripada pendahulunya kerana Civic kali ini menggunakan sistem stereng kuasa elektrik mudah suai (adaptive electric power steering) yang yang menyepadukan stereng kuasa elektrik (EPS) sedia ada dengan sistem Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA; Vehicle Stability Assist), tidak seperti Civic generasi kelapan di mana EPS dan VSA merupakan dua sistem berasingan yang tidak saling berkait.

Apabila tiba di Desa City Park, kami di dedahkan dengan 3 latihan pemanduan yang amat menarik. Uji pandu pertama ialah untuk mencuba sendiri kecekapan sistem brek kereta Honda Civic iaitu ABS. Setiap blogger dikehendaki memecut dengan selaju mungkin dan menekan brek dengan segera bila berada di kotak yang sepatutnya dimana Abe telah merasa sendiri kesan dari ABS tersebut! Ianya sesuatu pengalaman yang baru pada Abe. Sistem ABS berfungsi dengan baik sekali. ABS akan membuatkan perhentian kereta secara mendadak tanpa memesongkan kereta atau kereta terus mengelongsor

CivicBloggerDrive276
ujian pertama - ABS

Pandu uji kedua yang memerlukan kepantasan tangan pemandu mengawal stering kereta!

CivicBloggerDrive254
 ujian kedua - gaya pemanduan

VSA akan berkerjasama dengan ABS bila keadaan pemanduan diluar kawalan terutamanya dalam keadaan jalan yang bengkang bengkok. Selain itu Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS) juga akan membantu menstabilkan kereta bila berlakunya masalah kawalan stering dimana ianya melibatkan kestabilan tayar dan juga brek. 

CivicBloggerDrive221
CivicBloggerDrive228
CivicBloggerDrive235
CivicBloggerDrive239

ujian ketiga - VSA

Sepanjang sesi uji pandu, boleh dikatakan Abe amat berpuas hati dengan pengendalian, kuasa pecutan, penggunaan minyak serta ciri-ciri yang diterapkan dalam Civic generasi kesembilan ini. Namun, Abe percaya Honda Civic generasi kesembilan ini tetap akan menerajui pasaran segmen C (kereta padat) Malaysia.

KOMEN PERIBADI QUE ACHMAD
Secara peribadinya pada Abe, kenderaan hibrid sememangnya menjimatkan dan amat berbaloi untuk dimiliki bagi yang menetap di ibu kota serta kerap menempuh laluan sesak. Ini kerana, kenderaan kategori itu mampu mengurangkan penggunaan bahan api ketika di laluan sesak kerana enjinnya boleh terhenti, tetapi sistem penyaman udara atau audio masih lagi berfungsi seperti biasa. Bagaimanapun, setiap kenderaan hibrid berada di pasaran mempunyai kelebihan dan perbezaan teknologi tersendiri.

wow!!! seksi cun melecun

Ternyata tahap penggunaan minyaknya sangat minimum kerana enjin terhenti apabila kenderaan tidak bergerak sekiranya bateri Litium-Ion dicajkan sepenuhnya. Walaupun enjinnya terhenti, Abe tidak perlu kepanasan dalam ruang kabin kerana semua sistem elektronik dan penyaman udara berfungsi seperti biasa. Motor elektriknya bukan saja mengurangkan penggunaan minyak malah memberi kuasa bagi membantu meningkatkan prestasi enjin 1.5 liter i-Vtec yang mampu menghamburkan 108 kuasa kuda (hp). Enjinnya dipadankan dengan Transmisi Pemboleh Ubah Terus (CVT) yang turut membantu mengurangkan penggunaan bahan api selain meningkatkan kuasa kilasnya.

Abe bagaikan teruja sebaik menekan pedal minyaknya secara agresif kerana ia memberi daya tarikan dan kuasa pecutan mantap bagi enjin berkapasiti kecil itu. Jentera ini mampu memecut di lebuh raya melebihi 140 kilometer sejam (km/j) sekali gus membuang tanggapan negatif orang ramai bagi sebuah kereta hibrid. Pengendaliannya tidak ubah seperti kenderaan sedan biasa kerana ia mampu memasuki selekoh dengan stabil apabila bahagian hadapan dipadankan sistem suspensi topang MacPherson, sementara belakang pula dilengkapi ‘Multi Link’. Bagaimanapun, sistem suspensi ini hanya sesuai untuk pemanduan secara santai kerana ia tidak ditala untuk mengambil selekoh secara agresif.

 enjin 1.5 liter i-Vtec yang mampu menghamburkan 108 kuasa kuda (hp)

Sementara itu, rekaan dalam ruang kabin, papan pemuka tampak futuristik dan sedikit unik di mana semua butang merangkumi audio, penyaman udara seolah-olah menghala kepada pemandu. Panel meter elektroniknya juga dicipta secara interaktif apabila dipadankan dengan kombinasi warna menarik selain kehadiran butang mod Econ untuk membantu mengurangkan penggunaan minyak pada tahap minimum. Panel meternya boleh bertukar warna daripada hijau kepada biru dan ia bergantung tahap pemanduan. Jika anda menekan minyak dengan agresif, panel meternya bertukar biru dan menunjukkan ia menggunakan minyak yang maksimum.

Selain itu, Paparan Pelbagai Maklumat berukuran lima inci terletak di sebelah kiri panel meter memberi maklumat membabitkan audio, purata penggunaan minyak dan sokongan pengguna. Ketika pertama kali melihat model ini secara lebih dekat, rekaan tampak mewah dan eksklusif kerana ia seakan-akan kenderaan ala coupe dengan bentuk hadapan kelihatan garang seperti muncung anak panah. Ia juga kelihatan sedikit rendah jika dilihat pada bahagian tepi, mungkin ia bertujuan memberi daya aerodinamik sekali gus tampil berbeza dengan model Honda Civic terdahulu yang berada di pasaran di negara ini.

Pandangan belakangnya juga tampak lebar dengan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru yang sedikit besar. Bagaimanapun, model hibrid ini sedikit berbeza kerana dipadankan dengan rim aloi bersaiz 15 inci dengan bentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan angin.

SPESIFIKASI

HONDA CIVIC HYBRID

ENJIN

Empat lejang SOHC I-VTEC+IMA

KUASA MAKSIMUM
108hp pada 5,500rpm (gabungan enjin dan motor elektrik)

TORK MAKSIMUM
172Nm antara 1,000 hingga 3,500rpm (gabungan enjin dan motor elektrik)

TRANSMISI
CVT

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara, ABS, VSA,

HARGA
Bermula RM119,980

Harus anda ketahui bahawa nikmat penggunaan enjin hibrid ialah bila anda tersekat dalam kesesakan jalan raya terutama di bandar-bandar besar. Secara umumnya, kos penggunaan bahan api begitu tinggi semasa dalam kesesakan jalan raya. Varian hibrid memastikan penjimatan kerana pada kelajuan bawah 40 km/j, kenderaan bergerak sepenuhnya menggunakan kuasa bateri.

Untuk terus menjadikan Civic ini sebagai pilihan ramai, Honda Malaysia memperkenalkan pakej servis yang baru dan menarik iaitu jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had untuk bateri IMA, lanjutan penyelenggaraan pencegahan dari 5,000 km kepada 10,000 km dan percuma khidmat tenaga kerja untuk enam kunjungan untuk setiap satu servis berbayar sehingga 100,000 km.

Jadi kalau ditanya macamana dengan HONDA CIVIC 9th Generation ni? Abe cuma mampu jawab 'ianya PILIHAN HATI QUE' :)

7 comments:

  1. kemas ku, ambo jadi nak beli kete honda nie so..

    ReplyDelete
  2. memang best ini..tapi harganya ajer aku tak mampu..hehhehe

    ReplyDelete
  3. Harganya diluar kemampuan huhu

    ReplyDelete
  4. Memang nampak mewah honda civic ni

    ReplyDelete
  5. kalau la saya dpt memilikinya..

    ReplyDelete
  6. kalau la saya dpt memilikinya..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"