Friday, 12 July 2013

SEJARAH LAUNGAN AZAN | WAJIB BACA Oleh Semua UMAT ISLAM

SEJARAH LAUNGAN AZAN | WAJIB BACA Oleh Semua UMAT ISLAM | Azan mulai disyariatkan pada tahun kedua Hijriah. Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW mengumpulkan para sahabat untuk memusyawarah bagaimana cara memberitahu masuknya waktu solat dam mengajak orang ramai agar berkumpul ke masjid untuk melakukan solat berjamaah.


Di dalam musyawarah itu ada beberapa usulan. Ada yang mengusulkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat telah masuk. Apabila benderanya telah berkibar, hendaklah orang yang melihatnya memberitahu kepada umum. Ada juga yang mengusulkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh pemeluk agama Yahudi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ada lagi yang mengusulkan supaya dibunyikan lonceng seperti yang biasa dilakukan oleh orang Nasrani. Ada seorang sahabat yang menyarankan bahawa apabila waktu solat tiba, maka segera dinyalakan api pada tempat yang tinggi dimana orang ramai dapat dengan mudah melihat ke tempat itu, atau setidaknya, asapnya dapat dilihat orang walaupun ia berada ditempat yang jauh. Yang melihat api itu dinyalakan, hendaklah datang menghadiri solat berjamaah.

Semua usulan yang diajukan itu ditolak oleh Nabi. Tetapi, beliau menukar lafal itu dengan assalatu jami’ah (marilah solat berjamaah). Kemudian, ada usul dari Umar bin Khattab jika ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Kemudian saranan ini diterima oleh semua orang dan Nabi Muhammad SAW juga menyetujuinya.

Lafal azan tersebut diperoleh dari hadis tentang asal muasal azan dan iqamah: Abu Daud mengisahkan bahwa Abdullah bin Abbas berkata sebagai berikut: "Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang membawa sebuah lonceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya, "Apakah anda bermaksud menjual lonceng itu? Jika memang begitu, aku memintanya untuk menjual kepadaku saja". Orang tersebut terus bertanya," Untuk apa?" Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan lonceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat". Orang itu berkata lagi, "Mahukah kamu kuajari cara yang lebih baik? Dan aku menjawab, "Ya" dan dia berkata lagi dengan suara yang amat lantang:

Allahu Akbar Allahu Akbar
Asyhadu alla ilaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Hayya 'alash sholah (2 kali)
Hayya 'alal falah (2 kali)
Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illallah

Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad.SAW, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad. SAW, berkata, "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu akupun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar. Ia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad SAW.

1 comment:

  1. kalu dulu tau sikit jer, sekarang dah tau sejarah dia yang sebetulnya..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"