Sahabat Que 'Silent Readers'

SEKSA KUBUR | Petanda Seksaan Kubur. Muncul 'SUJAUL AQRA' Ular Dari NERAKA

7/28/2013 02:00:00 pm

SEKSA KUBUR | Petanda Seksaan Kubur. Muncul 'SUJAUL AQRA' Ular Dari NERAKA | Akan muncul seekor ular yang dihantar dari Neraka yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,


"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh."
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur.

Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.

Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. CUAI SOLAT LIMA WAKTU Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.

JIBRIL A.S: Ya Muhammad SAW! Orang yang meninggalkan Solat tidak akan mendapat syafa’atmu dan ia tidak tergolong dari umatmu. Tidak boleh diziarahi ketika ia sakit, tidak boleh mengiringi jenazahnya, tidak boleh beri salam padanya, tidak boleh makan minum dengannya, tidak boleh bersahabat dengannya, tidak boleh duduk besertanya, tidak ada Agama baginya, tidak ada kepercayaan baginya, tidak ada baginya Rahmat Allah dan ia dikumpulkan bersama dengan orang Munafiqiin pada lapisan Neraka yang paling bawah (diazab dengan amat dahsyat).

Sabda Nabi Muhammad SAW, Maksud Hadis: “Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dengan mereka (orang kafir) ialah Solat, dan barangsiapa meninggalkan Solat sesungguhnya ia telah menjadi seorang kafir”. (Tirmizi).

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad