Sahabat Que 'Silent Readers'

Sudah Lama Kita Tidak Mempedulikannya | Al Quran Yang Diabaikan

7/02/2013 11:43:00 pm

Sudah Lama Kita Tidak Mempedulikannya | Al Quran Yang Diabaikan | Sudah berpuluh tahun kita telah menumpang di bumi Allah, sejauh manakah syukur kita. Apa yang telah kita lakukan, dengan siapa kita berkawan, apa jasa kita pada agama, yang pasti kesemua itu akan dipersoalkan di hadapan Allah.


Disaat dunia dah hampir sampai kepenghujungnya, sejauh maknakah cakna kita terhadap Al- Quran adakah kita pernah membacanya dan mempelajari tajwid , adakah kita berusaha untuk memahamkan maknanya, adakah kita berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita (keluarga) dan masyarakat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jika kesemuanya masih belum bilakah lagi kita mahu mengambil cakna, adakah apabila tanah sudah masuk kemulut baru hendak kembali kepada Al-Quran. Ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi.

Kita berada di bulan Rejab dan tidak lama lagi Ramadhan Al- Mubarak akan menjelma, eloklah kiranya kita mula membaca dan mempraktik Al-Quran sebagai persediaan menghadapi bulan yang Indah dan hebat itu, niat sekarang In Sya Allah jika kita tidak sempat Allah tetap memberikan pahala niat itu.

Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya.
Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam al-Quran.
Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah.

Namun al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati al-Quran, menjadi ‘Al-Quran yang bergerak’, hidup dengan acuannya.
Firman Allah:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Muhammad: 24)
Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama’ seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub, dan tafsir-tafsir lain.

Kita selak dan kita dalami al-Quran. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.
“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab suci al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Al-Kahfi:1)
sumber: kakisembang.com

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad