Saturday, 6 July 2013

The Nomad Offices @Mont Kiara | OFFICES - HOTELS - RESIDENCES

The Nomad Offices @Mont Kiara | OFFICES - HOTELS - RESIDENCES | Bersempena dengan pembukaan Pejabat Nomad yang kelima di Lembah Klang, Abe berpeluang untuk jelajah & berinteraksi di Pejabat The Nomad Offices @ Mont Kiara iaitu di kawasan Solaris Mont Kiara. 

 

The Nomad Offices @ Mont Kiara dijangka akan berjaya menarik golongan profesional dan usahawan generasi muda dari seluruh Kuala Lumpur. Fasiliti yang ditawarkan pula adalah WOW!!!. Hehehe, maksud Abe, cukup lengkap sebagai sesebuah 'Pejabat'. Kemudahan yang disediakan memang cukup secukupnya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pada Abe, faktor lokasi memainkan peranan penting dalam pemilihan oleh pelanggan. memandangkan The Nomad Offices terletak di lokasi yang eksklusif & berprestij, Abe pasti, ianya akan menjadi PILIHAN UTAMA pelanggan untuk dipilih. 

kawasan segitiga EMAS, Kuala Lumpur

The Nomad Offices @ Mont Kiara menawarkan lokasi yang hebat dengan akses mudah berdaya maju. Di The Nomad Offices @ Mont Kiara, terdapat 34 'suite' pejabat dengan kapasiti keluasan yang berbeza-beza. Harga sewaan pula adalah serendah RM699.00/orang sebulan. Selain itu, The Nomad Offices @ Mont Kiara mempunyai almari dan sejuk keluar kawasan dengan stesen dok untuk tablet dan telefon bimbit. 


ruangan di dekorasi dengan cukup kemas & selesa

kemudahan 'little pantry' juga disediakan

peralatan perkhidmatan pejabat (binding set, fotostat dll) 

The Nomad Offices @ Mont Kiara merupakan pembekal pejabat perkhidmatan, ruang pejabat yang dikongsi, meja panas, pejabat maya, bilik mesyuarat dan kemudahan persidangan video. 


Abe pasti, pelanggan The Nomad Offices @ Mont Kiara sudah pastinya akan menikmati kebebasan bekerja dalam persekitaran yang profesional tanpa terikat kepada kontrak pajakan jangka panjang. Semua Pejabat Nomad yang terletak di Daerah Pusat Perniagaan dengan akses mudah ke pengangkutan awam dan kawasan komersial. Pada masa ini terdapat 13 pusat operasi perniagaan oleh Pejabat Nomad di Kuala Lumpur, Singapura, Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok dan Manila.


salah satu ruangan pejabat yang ditawarkan
suasana yang tenang



Untuk maklumat lanjut mengenai The Nomad Offices,korang semua bolehlah terus ke thenomadoffices.com

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"