Sahabat Que 'Silent Readers'

White House Down | REVIEW

9/17/2014 08:31:00 pm

White House Down | REVIEW | Tema hero duda ada anak dengan bekas isteri. Hero nak tambat hati anak sebab dia selalu abaikan anaknya. Tema klise untuk filem barat. Macam dah banyak gila tema kekeluargaan begini. Dah habis idea ke apa? Atau, pengarah yang sama suka buat tema yang sama untuk dijadikan sebagai trademark filemnya?


So, kalau dah teman sebegitu, sudah tahu jalan ceritanya, pasti hero akan cuba selamatkan anaknya yang akan menjadi mangsa keadaan, klise!
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni


White House yang dibanggakan sebagai tempat yang paling selamat kononnya di dalam filem ini akhirnya ditawan juga oleh penjenayah. Selamatkah kalau macam tu sedangkan kawalan yang ketat pun boleh dilolosi? Hahaha... dah namanya cerita, so, macam-macamlah kecanggihan yang ada.

Ramai yang mengeluh kalau filem barat ada melibatkan White House atau Rumah Putih ni. Dah banyak filem barat menjadikan Rumah Putih sebagai mangsa kerosakan yang begitu trajis. Tapi, tetap juga teguh untuk filem-filem yang akan datang. Ada juga penonton yang muak dengan filem yang melibatkan Rumah Putih dan politik yang begitu jelas sekali. Watak-wataknya pun dicari supaya seirias dengan bekas presiden sebenar mereka.

Nak jugak cari pelakon yang iras-iras Obama... acane tuh? Dari segi plot, tak ada yang mengejutkan atau surprise yang boleh kita tonton. Plot cerita sama dengan filem-filem aksi penakhlukan atau rampasan kuasa yang pernah difilemkan sebelum ini. Plot tak banyak beza dengan filem terdahulu.

Tak ada sesuatu yang kita tengok kita boleh berkata, "Wah!!! hebatnya!" nothing...Babak suspens? Ada lah jugak sikit. Menjelaskan Amerika punya fikiran, kalau hal yang berkaitan dengan penganas, pasti mereka akan anggap dari bangsa 'Arab'. Kenapa macam tu ek? Macam ada sedikit isu perkauman di situ. Pri hal pengaktifan bom nuclear ni dah dibuat dalam filem Mission Impossible Ghost Protocol dah.

Rasanya MIGP tu lagi gempak dan hebat. Banyak unsur baru yang diketengahkan.Nak tahu kisahnya? Bacalah sinopsis kat atas tu okey? Jalan cerita nak selamatkan presiden ni dah dibuat dalam Iron Man 3, dan filem-filem terdahulu. Tak ada benda baru. Tak ada yang boleh dianggap kelainan.CGI??? Well.... orang barat memang terkenal dengan teknik CGI mereka yang begitu real dan hebat. So, boleh dikatakan 80% filem ni CGI dia mantop. Tapi tak boleh kalahlan Man Of Steel lah yang boleh dikatkan 100% CGI semuanya. ke'real'annya, tak boleh kalahlan Life Of Pi... hehehe...
Bintang?

Abe letak 3.5 BINTANG je lah
Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad