7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun | TIPS YANG AMAT BERGUNA! !!!
8/23/2013 07:14:00 pm
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun | TIPS YANG AMAT BERGUNA! !!! | Ini prinsip-prinsip yang Abe gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni. Google je :)
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab Abe suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Baca Buku 'Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi'
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang Abe baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang Abe kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Published with Blogger-droid v2.0.10
6 comments
Hutang ptptn yang paling susah nak bayar tambah lak kalo yang tak ada kerja tetap atau jadi surirumah.
ReplyDeleteTips sgt berguna que.thnk u
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteok good tips
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
RM 22 for 20 sachets
Postage cost : RM 8
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com
Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html
Kopi Nanduk GOLD
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/
ok good tips
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
RM 22 for 20 sachets
Postage cost : RM 8
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com
Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html
Kopi Nanduk GOLD
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/
Satu perkongsian yang menarik dan praktikal. Saya sangat setuju dengan penulis especially strategi #1 : JANGAN BUAT HUTANG LAGI.
ReplyDeleteSaya berpendapat, pertama-tama sekali kita kena akui dan sedar bahawa kita sekarang mengalami masalah hutang yang kritikal dan perlu ada perasaan insaf untuk berhutang lagi.
Perlu tanam rasa serik dalam diri untuk buat hutang lagi.. Anggap hutang sedia ada ini sebagai satu kesilapan besar yang tidak dapat dimaafkan dengan penuh penyesalan.
Ini kerana jika tiada perasaan demikin dikhuatiri kita tidak serik untuk menambah hutang baru tanpa ada rasa malu dan segan, malah berbangga kerana personal loannya sudah diluluskan.
Saya rasa tiada gunanya usaha kita sekarang ni cuba untuk melangsaikan hutang tetapi pada masa yang sama berangan-angan untuk buat hutang baru. Lebih parah jika kita berfikiran dengan memohon pinjaman baru untuk bayar hutang sedia ada ibarat gali lubang tutup lubang. Tiada kesudahan sehingga satu hari nanti kita bakal kepenatan dan tiada daya untuk hidup lagi.
Sementara waktu tengah selesaikan hutang, jangan berhutang. Beli barang dengan tunai, jika tiada tunai jangan beli.
Semua orang ada pengalamna ngeri berhutang ini dan termasuklah saya. Saya mempunyai hutang sekeliling pinggan dan bertambah buruk lagi saya juga hilang pendapatan disebabkan faktor kesihatan. Bak jatuh ditimpa tangga.
Namun alhamdulillah, saya kini sudah 100% bebas hutang dan hidup dengan penuh perasaan tenang setenangnya.
Bahaya berhutang ni. Oleh itu berfikir 100 kali kalau nak buat pinjaman baru :)
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"